Pengurus menyokong untuk Arsenal menandatangani pemain sayap kanan dengan dakwaan harga sekitar €40 juta.
Sepanjang tempoh 48 jam yang lalu, media sukan Itali telah menggambarkan bahawa Arsenal akan menandatangani Dejan Kulusevski pada pasaran musim sejuk ini.
Semalam, beberapa laporan menyokong minat The Gunners terhadap pemain Juventus itu dengan Enzo Bucchioni turut menyatakan pemain berusia 21 tahun itu ‘ditakdirkan untuk Arsenal’ dan perjanjian akan menelan belanja sekitar €30 juta.
Manakala skuad Old Lady pula dilaporkan mahu meningkatkan jentera serangan mereka pada jendela perpindahan seterusnya dan menjadikan Dusan Vlahovic sebagai sasaran utama mereka.
Mereka sedar bayaran sekurang-kurangnya €50-60 juta diperlukan untuk meyakinkan Fiorentina bagi melepaskan penyerang itu.
Menurut Tuttosport, penjualan Kulusevski pada bulan Januari nanti akan membantu kelab Turin itu membiayai sebahagian perpindahan Vlahovic.
Arsenal adalah antara kelab yang berminat dengan pemain antarabangsa Sweden itu dan 'Mikel Arteta menyokong pembelian' bekas pemain Atalanta itu.
Juve sebelum ini mengeluarkan belanja sebanyak €35 juta untuk menandatangani Kulusevski.
Walaupun terdapat dakwaan semalam bahawa bayaran sekitar €30 juta sudah cukup untuk memuktamadkan perjanjian itu, namun Tuttosport menyatakan bahawa pihak Massimiliano Allegri mensasarkan untuk mendapatkan ‘sekurang-kurangnya €40 juta’ untuk Kulusevski.
Penjualannya kepada Arsenal pada Januari boleh membantu Juve mengumpul dana untuk membuat percubaan untuk menandatangani Vlahovic dalam jendela yang sama.
Sejauh mana Arteta menyokong Arsenal untuk menandatangani pemain ini masih perlu dilihat dan sekiranya benar dakwaan itu, adakah ini bermakna The Gunners tidak lagi memerlukan khidmat Nicolas Pepe?