Keown yakin Arteta telah mempunyai pemain dalam kepalanya.

Persembahan sangat luar biasa, Martin Keown berpendapat Mikel Arteta telah mempunyai pemain dalam fikirannya.

Penyerang Arsenal, Gabriel Martinelli kini pastinya berada dalam 'kepala' Mikel Arteta selepas persembahan yang memukau, menurut legenda The Gunners, Martin Keown.

Arsenal bangkit dari kekalahan teruk kepada Liverpool minggu sebelumnya dalam saingan Liga Perdana dengan menewaskan Newcastle 2-0 pada sepak mula awal malam Sabtu lalu.

Selepas separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan, The Gunners mendahului pada minit ke-56 hasil percubaan Bukayo Saka yang bijak menyempurnakan hantaran pendek Nuno Tavares.

Pun begitu, penjaring itu terpaksa dikeluarkan hanya lapan minit selepas itu kerana mengalami kecederaan dan Arteta membuat pertukaran penting bagi mengekalkan kelebihan yang dimiliki The Gunners.

Hanya sepuluh minit kemudian (selepas gol pertama dijaringkan), Takehiro Tomiyasu membuat satu hantaran bijak untuk Martinelli melakukan satu voli menarik.

Pemain berusia 20 tahun itu yang masuk menggantikan Saka pada minit ke-64 menjaringkan gol yang sangat menakjubkan.

Selain daripada menjaringkan golnya dengan sangat baik, Martinelli kelihatan sentiasa mengancam pasukan Magpies.

Dan Keown bercakap kepada BT Sport, meluahkan rasa gembiranya terhadap usaha pemain Brazil itu pada perlawanan tersebut.

"Itu adalah gol impian yang dia jaringkan apabila dia masuk [beraksi]," katanya, dipetik dari Metro.

“Dia benar-benar dan bersungguh mahukannya. 

"Saya suka apabila saya melihat pemain muda datang dan mahu menjaringkan gol serta-merta.

“Dia hampir tidak mempunyai apa-apa [beraksi] tetapi kini, dia pastinya berada dalam fikiran pengurus.

“Kita bercakap tentang gol impian, kecerdasan, kesedaran dalam pergerakan.

"Penantian di sana, masa dan ruang serta pelaksanaan penyudah adalah benar-benar luar biasa."

Mampukah Martinelli menyakinkan Arteta untuk bermula dalam kesebelasan utama pada perlawanan seterusnya dan adakah Aubameyang masih diberi kepercayaan oleh pengendali The Gunners ini?

Prestasi kapten pasukan ini sangat mengecewakan ketika ini, lebih-lebih lagi gagal memanfaatkan peluang terhidang untuk menjaringkan gol ketika bertemu Newcastle.

Arsenal bakal berdepan Manchester United Jumaat ini, jam 4.15pagi waktu Malaysia.

Post a Comment

Previous Post Next Post