Miach Richards menyanjungi bintang Arsenal berusia 21 tahun selepas kemenangan Sabtu lalu.

Micah Richards teruja terhadap pertahanan Arsenal, Nuno Tavares ekoran aksinya dalam kemenangan 2-0 The Gunners ke atas Newcastle di Stadium Emirates.

Gol daripada Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli membawa The Gunners kembali ke landasan kemenangan selepas dikalahkan oleh Liverpool minggu lalu.

Tavares, 21, diberikan kepercayaan Mikel Arteta untuk permulaan di bek kiri bagi perlawanan kelima berturut-turut dan dia sangat mengagumkan ketika kemenangan yang dicatat dua hari lepas.

Pemain muda berbakat ini tiba di Utara London dari Benfica pada musim panas sebagai sandaran (backup) dan juga bagi memberi saingan kepada Kieran Tierney.

Pun begitu, dia terpaksa menunggu dengan sabar untuk peluang yang dinanti-nantikan bagi mempamerkan kemampuannya.

Malah dia juga terpaksa bersabar untuk membarisi skuad The Gunners secara tetap dan kini dia memperolehinya setelah Arteta yakin dengan kebolehan yang ada pada dirinya.

Persembahan mantap selepas bangkit dari kekalahan minggu lalu bukan sahaja mengagumkan peminat dan penyokong Arsenal, malah Richards juga sangat kagum dan 'meroyan' tentang pemain pertahanan itu dalam segmen Match of the Day, Sabtu malam.

Dia berkata: “Dia sangat baik dan saya bukan hanya berkata demikian kerana dia adalah pemain pertahanan, dia sebenarnya salah seorang pemain terbaik di atas padang.

“Apa yang saya suka tentang dia adalah dia tidak statik, setiap peluang yang dia ada, dia akan ke depan dan dia ke hadapan dengan kualiti.

“Krafth pastinya mempunyai mimpi ngeri berdepannya hari ini, dia akhirnya mengasarinya [Tavares] beberapa kali.

“Dia berusia 21 tahun, dari Benfica. 

"Dia yakin sekarang dan dia menikmatinya. 

"Dia cemerlang hari ini, dia benar-benar hebat.”

Tavares boleh menjadi pemain hebat untuk Arsenal.

Pemain pertahanan The Gunners ini mungkin masih belum sempurna tetapi jelas bahawa dia bakal menikmati masa depan yang cerah di Arsenal.

Tavares kini mampu menghalang dan menyekat Tierney daripada membarisi kesebelasan utama pasukan dan itu adalah kenyataan yang boleh membuatkan kita berada dalam dilema.

The Gunners akan berdepan Manchester United untuk perlawanan seterusnya dan ia pastinya menarik untuk melihat sama ada Tavares mampu mengekalkan tempatnya dalam pasukan.

Pemain Portugal itu sangat bertenaga dan padu dalam penguasaan bola serta mampu melakukan serangan ke atas dan kembali ke bawah untuk membantu barisan pertahanan selama 90 minit.

Tavares kelihatan seperti pemain yang mempunyai masa depan yang cerah dan mampu menjadi pemain ternama untuk Arsenal.

Pun begitu, semuanya bergantung kepada Arteta sama ada dia telah melihat kebolehan sebenar yang ada pada pemain itu dalam merencanakan rancangan masa depan Arsenal.

Siapa Micah Ricahd?

Micah Lincoln Richards merupakan bekas pemain bolasepak profesional Inggeris yang bermain sebagai bek kanan. 

Dia pernah bermain dalam Liga Perdana Inggeris mewakili Manchester City dan Aston Villa serta dalam saingan Serie A untuk Fiorentina. 

Richards juga merupakan duta kelab Manchester City dan kini terlibat dalam dunia pundit bersama Sky Sports.

Post a Comment

Previous Post Next Post