Liverpool lwn Arsenal - Statistik menarik untuk Liga Perdana Inggeris.

Kali ini kita akan melihat lihat beberapa statistik menarik untuk perlawanan lewat malam ini ataupun awal pagi esok diantara Liverpool menentang Arsenal.

Jam 1.30 pagi nanti (21 November 2021) waktu Malaysia, satu perlawanan yang ditunggu-tunggu bagi peminat The Gunners, yang mengharapkan keajaipan skuad muda Arteta untuk mencipta kemenangan di Anfield.

Rekod pertemuan head-to-head dalam saingan Liga Perdana Inggeris di antara kedua-dua pasukan mengikut rekod Premier League adalah sebanyak 58 kali dengan Liverpool merekodkan kemenangan sebanyak 23 kali dan seri 19 perlawanan.

Ketika ini, Liverpool hanya dipisahkan 2 mata dengan Arsenal yang menduduki tangga ke-5 liga dan keputusan malam ini akan menyaksikan perubahan kedudukan sekiranya Liverpool mengalami kekalahan.

Tanpa berlengah, kami bawakan statistik menarik kedua-dua pasukan sepanjang pertemuan mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Statistik Liverpool

  • Sepanjang tempoh Jurgen Klopp menjadi pengurus Liverpool, The Reds telah menjaringkan 33 gol dalam 11 perlawanan liga menentang Arsenal; Klopp hanya pernah mengalami satu kekalahan sepanjang tempoh tersebut.

  • Diogo Jota telah menjaringkan tiga gol untuk Liverpool dalam dua perlawanan terakhir menentang Arsenal, kedua-duanya datang dari bangku simpanan.

  • Jika Mohamed Salah berjaya menghasilkan bantuan gol pada perlawanan ini, dia akan merekodkan bantuan gol dalam enam perlawanan berturut-turut. Ini akan meletakkannya satu (kekurangan) di belakang rekod Mesut Ozil yang mencipta tujuh bantuan gol berturut-turut.

  • Trent Alexander-Arnold musim ini dijangkakan mencipta bantuan sebanyak 4.10 dalam liga. Ini hampir dua kali ganda daripada pemain dengan xA kedua tertinggi.

  • Sadio Mane merekodkan jumlah gol sebanyak tujuh jaringan menentang Arsenal dalam Liga Perdana, menjadikan The Gunners pasukan kedua kegemarannya selepas Crystal Palace dengan dia merekodkan 13 gol - yang terbaik.

  • Hanya terdapat satu clean sheet dari pertemuan kedua-dua pasukan dalam tujuh perlawanan terakhir, yang mana ia direkodkan Liverpool pada pertemuan terakhir.

Statistik Arsenal

  • Arsenal ketika ini tidak tewas dalam lapan perlawanan terakhir liga perdana yang merupakan rentak paling lama tanpa kalah dalam liga tertinggi Inggeris.

  • Emile Smith Rowe ialah pemain keempat dalam sejarah liga perdana yang menjaringkan gol dalam tiga perlawanan berturut-turut semasa di bawah umur 21 tahun.

  • Tiada penjaga gol lain (yang telah bermain lebih daripada dua perlawanan) kurang dibolosi gol dalam liga musim ini daripada Aaron Ramsdale.

  • Tiada pasukan dalam enam teratas telah mengambil lebih sedikit sepakan sudut berbanding Arsenal musim ini.

  • Arsenal hanya kalah satu perlawanan musim ini menentang pasukan dengan kit tuan rumah berwarna merah.

  • Dalam semua pertandingan, Arsenal tidak tewas satu perlawanan pun musim ini menentang pasukan yang mempunyai seekor burung/ayam dalam lencana.

Post a Comment

Previous Post Next Post