Semua orang buat silap

Persembahan mantap yang ditunjukkan Saliba telah membuatkan dirinya menjadi perhatian, namun kesilapan yang dilakukannya adalah normal dalam bolasepak, menurut pemenang Piala Dunia 1998.

Dipinjamkan ke Marseille untuk musim ini bagi mendapatkan masa permainan yang Mikel Arteta tidak mampu berikan di Emirates, William Saliba dengan cepat membuktikan mengapa Arsenal sanggup membelanjakan begitu banyak wang untuk mendapatkannya dari AS Saint-Etienne.

Sejak menyertai skuad kendalian Jorge Sampaoli, Saliba telah mempamerkan aksi yang menakjubkan untuk pasukan Ligue 1 itu dan tidak menghairankan sekiranya dia menjadi perhatian untuk diperkatakan.

Frank Leboeuf, yang memenangi Piala Dunia 1998 bersama Perancis adalah antara mereka yang memberi komen mengenai prestasi pertahanan muda itu.

Beliau mengatakan dengan cara yang baik, memuji pertahanan muda itu dalam sembang dengan laman web rasmi Ligue 1, yang memintanya mengulas mengenai sekumpulan pertahanan tengah yang beraksi dalam liga tersebut.

Pemenang Piala Dunia itu memulakan dengan memberi komen mengenai Saliba dan inilah yang dia katakan: “Dia seorang pemain dalam pembikinan. 

"Dia melakukan kesilapan kecil dalam saingan Liga Europa ketika menentang Lazio, sebelum rehat antarabangsa.

"Tetapi ia berlaku kepada semua orang. 

"Ia berlaku kepada saya. Ia berlaku kepada Laurent Blanc dalam perlawanan akhir Liga Europa menentang Parma. 

"Ia berlaku kepada Varane dengan Real Madrid, dengan Lizarazu di OM. 

"Ia sebahagian daripada bolasepak, tetapi William Saliba adalah pemain yang hebat, sangat muda. 

"Dia adalah masa depan yang hebat”.

Sememangnya Saliba masih muda, baru berusia 20 tahun dan telah menjadi pemain penting skuad Sampaoli.

Dia telah beraksi hampir dalam kesemua perlawanan untuk Marseille musim ini dengan hanya terlepas satu perlawanan sahaja untuk setakat ini. 

Satu-satunya perlawanan yang dia terlepas adalah pada penghujung September lalu dalam keputusan seri 0-0 Marseille menentang Angers dan dia telah bermain tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari.

Dengan tiada pilihan untuk membeli yang dilampirkan pada perjanjian pinjaman yang dipersetujui oleh Arsenal dengan Marseille, Saliba akan kembali ke Emirates pada akhir musim ini.

Kepulangan Saliba pasti menjadi titik penting untuk kariernya kali ini selepas masih gagal mendapat tempat dalam skuad The Gunners, semenjak berpindah ke Utara London pada 2019.

Arteta pastinya perlu mempertimbangkan juga prestasi Saliba sama ada layak untuk memasukkannya dalam rancangan pasukan utaman The Gunners pada masa hadapan.

Ini juga bergantung kepada Arsenal, sama ada layak beraksi atau tidak untuk saingan Eropah musim depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post