Liverpool tanpa 3 bintang utama vs Arsenal

Liverpool mungkin menentang Arsenal tanpa tiga bintang utama mereka.


The Reds mungkin hadir tanpa tiga pemain utama mereka ketika menerima kunjungan Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari Ahad ini.

Sadio Mane dan Jordan Henderson, kedua-duanya kembali dari tugasan antarabangsa dengan kecederaan, menyertai Roberto Firmino di bilik rawatan Liverpool.

Henderson yang merupakan kapten Liverpool menjaringkan satu gol dan melengkapkan 90 minit perlawanan dalam kemenangan 5-0 England menentang Albania pada hari Jumaat.

Dia bersama pemain sayap Manchester City, Jack Grealish, telah kembali ke kelab masing-masing untuk penilaian lanjut mengenai tahap kecederaan yang tidak didedahkan.

"Kami telah mengimbas mereka. 

"Terdapat kecederaan kecil pada imbasan, jadi kami hanya berharap bahawa mereka tidak akan terlepas terlalu banyak aksi selepas ini.

"Ia sepatutnya tidak terlalu teruk dalam mana-mana kes tetapi kita hanya perlu melihat bagaimana perkembangannya." jelas Southgate mengenai Henderson.

Sementara itu, Mane pula dikeluarkan dari perlawanan ketika Senegal mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Togo pada Khamis.

Walaupun kecederaannya telah disifatkan sebagai "tidak serius" oleh pengurus pasukan kebanggsaan, Aliou Cisse, namun penilaian lanjut mengenai tahap kecergasaan pemain itu akan dinilai oleh pasukan perubatan Jurgen Klopp.

Ini kerana, pemain tersebut tidak disenaraikan dalam pasukan Senegal ketika bertemu Congo malam tadi, yang berkesudahan kemenangan berpihak kepada pasukan Aliou Cisse.

Yes, the exit of Sadio Mane destabilized us. He is an important player for the team, we took him off as a precaution and there is nothing serious. - Aliou Cisse.

The Reds ketika ini terdesak untuk kembali ke landasan kemenangan selepas mengalami kekalahan 3-2 kepada West Ham dalam perlawanan terakhir sebelum rehat antarabangsa.

Post a Comment

Previous Post Next Post