Manchester United dijangka 'membuang' Pogba.

Hampir diketepikan Manchester United dan dijangka kelab itu akan melepaskan pemain dengan tidak akan memperbaharui kontrak.

Marca percaya Paul Pogba dan Manchester United akan menamatkan hubungan mereka dan mungkin menghairankan untuk akhbar Sepanyol itu kerana mereka menyatakan bahawa kelab Liga Perdana Inggeris itu akan melakukan penyingkiran kali ini.

Menurut dakwaan, The Red Devils tidak percaya pemain tengah itu mampu memberi pulangan yang setimpal dengan pelaburan yang dikeluarkan kelab,.

Oleh itu mereka meragui sama ada ianya berbaloi atau tidak untuk memberinya satu lagi kontrak mewah dan panjang.

Isu kecederaannya dan bergelut dengan prestasi yang konsisten telah memainkan peranan, dan Marca berkata peluang Pogba untuk kekal di Old Trafford kini 'hampir diketepikan'.

Laporan itu juga mengatakan perpindahan ke tempat lain dalam Liga Perdana Inggeris adalah sangat tidak mungkin kerana bayaran gaji yang diperlukan dan wang tambahan yang akan diminta oleh Mino Raiola dari segi komisen serta bonus pemain, akan menyebabkan masalah.

Tidak mengejutkan, mereka membentangkan ini sebagai peluang untuk Real Madrid, tetapi menyatakan dengan jelas bahawa mereka yang bertanggungjawab ke atas wang di Los Blancos tidak pernah yakin untuk membiayai perpindahan Pogba.

Carlo Ancelotti menyukainya, tetapi Florentino Perez tidak yakin, pun begitu tajuk Marca ialah 'United give up Pogba' dan mesej yang sama dipaparkan di muka depan mereka.

Post a Comment

Previous Post Next Post