Prestasi mengecewakan menyebabkan perpindahan keluar dari Leeds menjadi sukar.

Hasrat Kiko Casilla untuk berpindah secara kekal mungkin sukar setelah mempamerkan tahap yang rendah.

Penggantungan Kiko Casilla pada separuh pertama tahun 2020 membolehkan Illan Meslier beraksi secara tetap untuk Leeds United dan pemain Perancis itu telah mengukuhkan kedudukannya sebagai penjaga gol pilihan utama pasukan The Whites sejak itu.

Manakala malang buat bekas pemain Real Madrid itu kerana terpaksa menghabiskan lebih banyak masa di bangku simpanan musim lalu dan kekurangan minit bermain menyaksikan dia menyertai Elche CF dalam perjanjian pinjaman semusim pada jendela musim panas baru-baru ini.

Casilla telah bermula dalam 12 perlawanan liga, merekodkan tiga perlawanan tanpa bolos dan melepaskan 15 gol dalam tempoh itu untuk Elche.

Kontrak pemain berusia 35 tahun itu dengan skuad kendalian Marcelo Bielsa akan berakhir pada 2023 dan Leeds akan membuat keputusan pada musim panas depan, apabila dia kembali dari tempoh pinjamannya.

Dia sudah menjelaskan masanya di Elland Road sudah ‘berakhir’ dan tetap berharap Leeds akan membenarkannya meninggalkan mereka secara perpindahan tetap tahun depan.

Marca dalam laporan terbaru telah menyemak prestasi beberapa pemain La Liga dan mengenai pemain Leeds itu, mereka melabelnya sebagai 'mengecewakan'.

Mengambil kira pengalaman dan karier pemain yang dimiliki Leeds itu, akhbar itu menyatakan dia telah ‘menawarkan tahap yang lebih rendah daripada yang dijangkakan’ di Elche.

Casilla juga telah 'memberi perasaan tidak selamat' dalam 'beberapa perlawanan' kerana dia boleh melakukan 'sesuatu yang lebih' untuk menghalang beberapa gol yang telah dilepaskannya.

Ini boleh menyukarkan dia bagi memenuhi hasratnya untuk meninggalkan pasukan Liga Perdana Inggeris itu dan juga sukar untuk Leeds menjualnya pada musim panas akan datang.

Casilla masih mempunyai masa untuk mengubah keadaan, tetapi dia perlu bertindak pantas.

Post a Comment

Previous Post Next Post