Man.United tiada gaya atau taktikal dalam permainan.

Pasukan yang diramalkan mampu menjuarai liga musim ini nyata tidak tahu apa-apa yang mereka lakukan.

Tidak tahu sama ada ini adalah satu kelebihan taktikal atau sememangnya satu kelemahan yang tidak disengajakan bagi mengelirukan lawan.

Di awal musim, pasukan ini dianggap sebagai calon yang mampu merebut kejuaraan dan ini dibuktikan apabila mereka bermula garang serta menyakinkan.

Malah mereka menduduki tangga teratas selepas menamatkan perlawanan pertama liga, kemudian sekali lagi berada dipuncak apabila menamatkan perlawanan minggu keempat.


# Team M. W D L goals Dif. Pt.
1 Manchester United, England Manchester United 4 3 1 0 11:3 8 10
2 Chelsea FC, England Chelsea FC 4 3 1 0 9:1 8 10
3 Liverpool FC, England Liverpool FC 4 3 1 0 9:1 8 10
4 Everton FC, England Everton FC 4 3 1 0 10:4 6 10
5 Manchester City, England Manchester City 4 3 0 1 11:1 10 9

Bagaimanapun, pemain Manchester City, Kevin De Bruyne mendedahkan bahawa pasukannya hanya berlatih selama 10 minit sebagai persiapan sebelum mengalahkan seteru setempat, Manchester United, dalam perlawanan 'derby' minggu lalu.

Pasukan pelawat kendalian Pep Guardiola itu yang mana telah memenangi lebih banyak perlawanan EPL di Old Trafford berbanding pasukan lain, menikmati penguasaan bola setinggi 67.4 peratus selain melakukan lima percubaan tepat berbanding hanya satu oleh The Red Devils.

City mendominasi sepenuhnya kemenangan 2-0 di Old Trafford, di mana De Bruyne dan rakan sepasukannya membenam lawan itu dengan jaringan sendiri oleh Eric Bailly dan Bernardo Silva.

Menurut De Bruyne, Pep jelas buntu dan tidak tahu bagaimana untuk melakukan latihan sebagaimana kebiasaannya.

"Sehari sebelum perlawanan, kami biasanya berlatih taktikal berdasarkan cara lawan bermain," kata De Bruyne kepada podcast MidMid.

"Tetapi sebelum bertemu United, Pep berkata: 'Kita tidak tahu bagaimana mereka akan bermain. Kita akan lihat. 

"Kemudian kami berhenti berlatih selepas kira-kira 10 minit.

"Selalunya Pep tahu bagaimana lawan akan bermain. Kali ini dia tidak pasti, jadi dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

"Kami mengamalkan apa yang selalu kami lakukan, tetapi kali ini pengurus kami tidak pasti apakah pihak lawan akan bermain lima atau empat pertahanan, bermain dengan formasi berlian mahupun dengan tiga penyerang."

City kini di tempat kedua EPL selepas 11 perlawanan dengan tiga mata di belakang pendahulu, Chelsea, manakala United di tangga keenam dan sembilan mata di belakang The Blues.

Post a Comment

Previous Post Next Post