Nasihat Arsene Wenger kepada peminat Arsenal.

Bekas  pengendali Arsenal, Arsene Wenger mahu penyokong terus memberikan sokongan mereka kepada kelab dan kekal bersama pasukan Mikel Arteta.

Pakar bolasepak Perancis itu meninggalkan Stadium Emirates pada 2018 selepas menerajui hal ehwal kelab selama 22 tahun.

Sepanjang tempoh pemerintahannya yang lama, lelaki berusia 72 tahun itu juga terpaksa mengharungi pelbagai kritikan peminat, terutamanya pada tahun-tahun terakhirnya di London.

Penggantinya ketika ini, Mikel Arteta turut mengalami perkara sama apabila menerima kecaman daripada penyokong dan peminat ketika dia mengetuai The Gunners untuk permulaan yang teruk di awal musim 2021/22.

Pasukan London ini tewas tiga perlawanan pertama kempen semasa untuk berada di bahagian bawahan liga.

Bagaimanapun, keadaan kemudiannya bertambah baik di bawah pengurus Sepanyol itu apabila Arsenal terus meraih tiga kemenangan berturut-turut di liga utama.

Walaupun tidak memperolehi mata penuh ketika menentang Brighton dan Crystal Palace namun The Gunners kemudiannya menyusun satu lagi rentak mengagumkan termasuk kemenangan ke atas Aston Villa, Leicester City dan Watford.

Wenger, yang kini berkhidmat sebagai Ketua Pembangunan Bola Sepak Global FIFA, memberikan beberapa nasihat kepada peminat ketika di tayangan perdana dunia Arsene Wenger: Invincible at the Finsbury Park Picturehouse.

Dia berkata: “Nasihat saya kepada peminat supaya untuk terus menyokong kelab.

“Kepada Arteta untuk terus mencuba dan mendapatkan momentum untuk meneruskannya. 

"Mereka telah melaburkan banyak wang dan diharapkan, beberapa potensi dalam pasukan dan (saya harap mereka) terus mengekalkan momentum itu dalam pasukan.” kata Wenger sebagaimana dipetik dari Independent.

Tidak dinafikan bahawa Arteta telah berjaya membuat kebangkitan yang hebat selepas permulaan teruk mereka pada musim ini.

Bagaimanapun, The Gunners kini perlu menghadapi cabaran getir selepas rehat antarabangsa apabila mereka berkunjung  ke Anfield menentang Liverpool yang dipimpin Jurgen Klopp.

Persembahan mereka di Anfield akan memberikan kita gambaran yang lebih baik tentang sejauh mana mereka sebenarnya untuk mencabar kejuaraan dan juga untuk menamatkan saingan musim ini dikalangan kelompok teratas.


Post a Comment

Previous Post Next Post