The Gunners cuba nasib dengan Onana.

Arsenal dalam percubaan 'saat akhir' untuk mendapatkan pemain ke Emirates, status ejen percuma sangat menarik.

Andre Onana adalah salah seorang pemain yang akan menjadi cerita rakyat perpindahan Arsenal kerana telah dikaitkan dengan kelab selama bertahun-tahun dan perkara tersebut tidak pernah menjadi kenyataan.

Penjaga gol itu baru-baru ini kembali dari penggantungan yang panjang (tempoh yang lama) selepas melanggar peraturan doping.

Namun penjaga gol itu kelihatan tidak mungkin akan melanjutkan kontraknya bersama Ajax.

Dengan perjanjian (kontraknya) akan tamat pada penghujung musim ini, perbincangan mengenai pembaharuan bagaikan tidak akan berlaku dan hubungan antara pihak yang terlibat juga tidaklah begitu baik.

Selama berbulan-bulan telah diandaikan di Itali bahawa Onana bersedia untuk menandatangani kontrak bersama Inter Milan apabila kontraknya di Belanda tamat.

Gazzetta dello Sport merungkai situasi ini dalam edisi Ahad dan menjelaskan bahawa selepas keadaan menjadi sedikit sepi antara pihak (pemain dan Ajax), Onana telah 'memperbaharui janji cintanya' kepada Inter.

Mereka juga menyentuh dimana Arsenal satu-satunya wakil Liga Perdana Inggeris yang membuat percubaan saat akhir untuk menandatangani penjaga gol tersebut.

Pun begitu, The Gunners tidak memerlukan penjaga gol senior buat masa ini, dengan Aaron Ramsdale dengan pantas memikat hati peminat dan pengurusan kelab, dengan aksi cemerlang yang ditampilkannya.

Terdapat kemungkinan Onana telah dianggap sebagai pengganti kepada Bernd Leno, namun bersama Inter, tempat sebagai permulaan dan menjadi No.1 dilihat lebih berkemungkinan serta akan menjadi lebih menggoda kepada penjaga gol itu.

Atau ini mungkin sekadar berita berlebihan Gazzetta untuk menjadikannya kelihatan seperti Inter Milan telah memenangi perlumbaan sengit untuk mendapatkan ejen bebas tidak lama lagi.

Malah akhbar Itali itu juga menyentuh mengenai rancangan 'kos rendah' ​​Inter dengan Alexandre Lacazette juga dikaitkan.

Penyerang Perancis itu dianggap sebagai salah satu pilihan mereka untuk jendela musim panas nanti.

*Cerita rakyat ialah cerita rekaan dari zaman dahulu yang disukai ramai dalam se­suatu masyarakat, yang masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan daripada satu generasi kepada generasi lain secara lisan.

Post a Comment

Previous Post Next Post