Omari Hutchinson cetus keterujaan

Peminat Arsenal teruja dengan persembahan Omari Hutchinson bersama skuad B23 The Gunners.

Sebilangan besar peminat Arsenal telah menggunakan Twitter untuk mengulas mengenai persembahan Omari Hutchinson, selepas pasukan bawah 23 tahun The Gunners mencatatkan kemenangan ketika bertemu Blackburn Rovers dalam Liga Perdana 2 malam tadi.

Pasukan Kevin Betsy menewaskan Rovers dalam aksi penuh mendebarkan dengan menyaksikan lima gol dijaringkan pada perlawanan yang berlangsung di padang Persatuan Bola Sepak Lancashire.

Skuad The Gunners mendahului lawan 2-0 sebelum rehat dengan Hutchinson menjaringkan gol kedua Arsenal selepas Mika Biereth memecah kebuntuan sejurus selepas setengah jam perlawanan bermula.

Blackburn cuba bangkit selepas rehat dan berjaya menyamakan kedudukan, bagaimanapun jaringan kemenangan Folarin Balogun pada minit ke-89 memastikan satu lagi keputusan menakjubkan buat The Gunners.

Aksi cemerlang skuad muda Arsenal telah menarik perhatian peminat The Gunners di media sosial selepas perlawanan itu dan Hutchinson sememangnya salah seorang yang menerima banyak pujian daripada penyokong.

Pemain berusia 18 tahun itu menjaringkan gol dari jarak 25 ela untuk penyudah yang cemerlang sebelum separuh masa.

Ia merupakan permulaan yang hebat untuk Hutchinson dalam barisan skuad Betsy musim ini dan jaringannya malam tadi merupakan yang keempat dalam sembilan penampilan Liga Perdana 2, selain dua bantuan gol untuk setakat ini.

Dengan dua gol dalam dua penampilan terkini, Hutchinson bagaikan mencapai prestasi pada saat yang tepat, mungkin sesuai untuk diberikan pendedahan bersama skuad utama Arsenal dalam masa terdekat ini.

Dan sudah tentu, dengan perlawanan Piala Carabao menentang Sunderland yang dijadulkan berlangsung kurang dari sebulan lagi, ada yang berharap Hutchinson boleh bersaing untuk penampilan sulung seniornya dibawah kendalian Mikel Arteta.

Dengan itu, inilah apa yang diperkatakan oleh sebahagian peminat Arsenal mengenai persembahan Hutchinson untuk skuad bawah 23 tahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post