Pundit selar Arsenal kerana jual Emi Martinez.

Garth Crooks menyelar Arsenal kerana menjual Emi Martinez, penjaga gol hebat yang pernah dimiliki.

Pundit BBC, Garth Crooks menghembur pujian kepada penjaga gol Aston Villa, Emi Martinez dan menegaskan bahawa Arsenal akan menyesal kerana melepaskannya.

Martinez memainkan peranan penting untuk Villa pada hujung minggu lalu ketika Steven Gerrard mencatatkan kemenangan pertamanya sejak berpindah dari Rangers. 

Penjaga gol Argentina itu mempamerkan aksi luar biasa sejak meninggalkan Arsenal dan pada masa itu, The Gunners menjual Martinez sekitar £17 juta kepada Villa yang dipimpin oleh Dean Smith.

Manakala Arsenal, mereka telah berbelanja besar untuk menggantikan Martinez dengan penjaga gol England, Aaron Ramsdale

Walaupun Ramsdale berjaya menarik perhatian dengan aksi memukau bersama The Gunners akhir-akhir ini, namun Crooks memilih Martinez dalam pasukan terbaru pilihannya minggu ini dan percaya bahawa Arsenal akan menyesal kerana melepaskan penjaga gol itu.

“Penyelamatan Martinez daripada pemain Brighton, Leandro Trossard menunjukkan pemain Argentina itu kembali berbisa. 

"Penyelamatan daripada rembatan Tariq Lamptey sebelum separuh masa adalah lebih baik,” tulis Crooks untuk BBC.

“Penjaga gawang itu berada di luar garisannya dan pantas menafikan peluang untuk pemain pertahanan itu. 

"Saya hanya melihat Martinez mempunyai satu prestasi goyah musim ini dan itu adalah di tempat lawan menentang Arsenal, kelab yang sepatutnya tidak pernah membiarkan dia pergi ke Villa sejak awal. 

"Martinez adalah penjaga gol terbaik The Gunners di kelab itu pada masa itu, perkaranya adalah Arsenal tidak pernah menyedarinya. 

"Yang agak pelik, kerana orang lain mengetahuinya.”

Martinez sudah pasti akan memainkan peranan penting di bawah Steven Gerrard di Villa. 

Bekas kapten Liverpool itu sudah biasa mempunyai penjaga gol utama yang hebat dalam pasukannya, dengan pemain seperti Pepe Reina dan Jerzy Dudek antara mereka yang menikmati kejayaan bersama Gerrard.

Adakah Arsenal silap melepaskan Martinez?

Semua orang dapat melihat bahawa menjual Martinez adalah satu kesilapan bagi The Gunners, tetapi pada masa itu, Arteta mungkin berfikir bahawa mereka menerima tawaran yang baik untuk penjaga gol Argentina itu.

Tambahan pula, Arsenal sudah memiliki Bernd Leno dan membiarkan Martinez pergi bukanlah sesuatu yang merugikan secara keseluruhan.

Selanjutnya, menandatangani Ramsdale kini kelihatan seperti sesuatu yang tidak disangka hasilnya, nyata dia juga memberikan satu penambahan yang baik buat The Gunners. 

Dia lebih muda daripada Martinez dan berdasarkan prestasi semasa, dia bersedia untuk menyarung jersi nombor satu Arsenal untuk masa akan datang dan tidak mustahil untuk jangka masa yang lama (menjadi No.1).

Crooks mungkin betul bahawa Arsenal tidak sepatutnya melepaskan Martinez, pun begitu, Arsenal juga betul apabila memiliki Ramsdale yang beraksi dengan cukup baik setakat ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post