Arsenal boleh mengulangi 'rampasan kuasa' sebagaimana dilakukan terhadap Tomiyasu pada musim panas akan datang.
Tiba lewat pada jendela perpindahan musim panas, Takehiro Tomiyasu akhirnya menjadi sebutan sehingga menerima pujian tinggi, setelah tampil dengan aksi memikat dan perkara itu diibaratkan 'rampasan kuasa' sebenar untuk Arsenal musim ini.
Cepat menyesuaikan diri dengan bolasepak Inggeris, pemain antarabangsa Jepun itu telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Bulan September The Gunners.
Khidmat Tomiyasu nyata menjadi sangat penting dan diperlukan dalam rancangan Mikel Arteta musim ini.Pemain pertahanan itu masih belum tewas dalam perlawanan dengan baju Arsenal dalam liga, dan tidak syak lagi dia adalah salah satu sebab mengapa Arsenal kelihatan berbeza kali ini.
Ditandatangani dari Bologna dengan harga di bawah £17 juta, Tomiyasu kini boleh disatukan semula dengan salah seorang bekas rakan sepasukannya, Mattias Svanberg.
Itupun sekiranya The Gunners membuat tindakan susulan terhadap minat yang pernah ditunjukkan terhadap pemain itu, sebelum ini.
Svanberg memulakan karier awalnya di kelab Sweden Bunkeflo sebelum berpindah ke akademi Malmo pada Januari 2013.
Pemain tengah itu mula menyinar di kelab tersebut dan membuat lebih 40 penampilan bersama pasukan utama sebelum Bologna menandatanganinya pada musim panas 2018.
Setakat ini, Svanberg telah mencatatkan 99 penampilan untuk Bologna, menjaringkan lapan gol dan mencipta enam bantuan gol.
Pemain berusia 22 tahun itu menikmati musim yang mantap musim lalu dan telah memulakan kempen yang sedang berjalan dengan semangat yang kuat juga, menjaringkan dua gol dan membantu satu gol dalam 12 penampilan Serie A setakat ini.
Kontraknya bersama kelab Itali itu akan tamat pada 2023 dan dia dilaporkan telah bersetuju untuk memperbaharuinya sehingga 2024.
Itulah yang dilaporkan oleh Il Resto del Carlino semalam, namun mereka masih melihatnya sebagai 'pemain pasaran perpindahan untuk musim panas akan datang dan telah berada di dalam pemerhatian Inter, Napoli, Milan dan Arsenal'.
Walaupun pembaharuan kontraknya boleh 'menjamin kemungkinan kunci penting', ia juga menjelaskan bahawa jika 'tawaran penting (gaya Tomiyasu) tiba pada musim panas depan', Svanberg 'akan dibiarkan bebas untuk membuat keputusan'.
Sesuatu untuk Arsenal fikirkan, kerana mereka mungkin akan mengulangi rampasan kuasa yang sama dengan pemain yang dinilai tinggi, yang boleh pergi jauh untuk memperkuatkan bahagian tengah di Emirates.
Rampasan kuasa ini bukanlah seperti maksud yang diberikan mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), apa yang cuba digambarkan disini adalah tindakan Arsenal yang merancang dengan teliti pemilihan pemain berkualiti yang mampu memberikan impak segara.
Manakala rampasan kuasa mengikut terjemahan DBP - Rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak tentera atau pihak awam untuk menjatuhkan kerajaan. Rampasan kuasa biasanya dilakukan oleh kelompok kecil kepimpinan tentera atau pihak awam melalui konspirasi politik terancang.
Harap pembaca semua jelas dengan apa yang cuba disampaikan penulis.