Salah-Eddine mampu selamatkan tabung Arsenal

Dikenali sebagai 'Salah', pemain berusia 18 tahun ini telah menyertai Arsenal dari kelab Belanda, Eredivisie Feyenoord sebagai ejen bebas. 

Pemain tengah Belanda itu terkenal dengan ketangkasan dan kreativitinya mengemudikan bahagian tengah serta mampu beraksi pada beberapa posisi.

Bermain dengan posisi asas sebagai pemain tengah (center midfielder), dia juga mampu beraksi pada posisi tengah bertahan (defensive midfielder) dan juga tengah menyerang (attacking midfielder).

Salah telah menghabiskan karier mudanya di Belanda, berkembang melalui skuad remaja di Rotterdam bersama Feyenoord.

Sejak menyertai Arsenal pada akhir bulan August 2020, Salah terus menyinar dan berkembang dengan baik.

Dia berada dilandasan yang betul dan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa dia sedang berusaha mencipta nama dan membuktikan kehebatan dengan kualiti yang dimilikinya.

Ini dibuktikan dengan dia kini telah dicalonkan untuk anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana 2.

Dia menikmati bulan Oktober dengan penuh hebat dan berkualiti, menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan untuk pasukan bawah 23 tahun.

Dan jaringan jarak jauhnya ketika menentang Leeds turut menjadi bualan dan menarik perhatian ketika skuad B23 Arsenal mencatatkan kemenangan 4-2.

Selain itu, dia juga menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Brighton dan Everton untuk pasukan Kevin Betsy.

Malah dia turut disenaraikan bersama sukad senior, namun berada di bangku simpanan ketika menentang Leeds United dalam Piala Carabao baru-baru ini, dan itu memberi gambaran bahawa dia bersedia untuk beraksi bersama skuad utama The Gunners serta mempunyai masa depan yang cerah.

Skuad Arsenal ketika menentang Leed United dalam saingan Piala Carabao 27 Oktober lalu.

Selain itu, dia juga beraksi bersama pasukan Bawah-21 menentang kelab Liga Bola Sepak (Football League) dalam kejohanan Piala Papa John.

Secara keseluruhannya sepanjang 2021/22, dia telah menjaringkan lima gol dan membuat dua bantuan gol untuk The Gunners.

Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Permainan
Premier League 2 8 4 1 585'
EFL Trophy 2 1 1 134'
EFL Cup - - - -
JUMLAH 10 5 2 719'

Salah-Eddine telah bersama pasukan Belanda dari usia yang sangat muda dan kini berharap untuk menyumbang dan memberi sesuatu kepada Arsenal.

Pemain muda ini memiliki kelicikan dan kecemerlangannya bersama bawah 23 tahun benar-benar menarik perhatian musim ini.

Pun begitu, cabaran sebenar untuk Salah-Eddine, adalah untuk masuk ke dalam rancangan Mikel Arteta secara tetap.

Kelebihan yang ada pada dia juga mampu menjimatkan Arsenal dari segi kewangan tanpa kelab perlu mencari (membeli) pemain baharu, seandainya dia mampu memikat pengendali The Gunners itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post