“Tiada rundingan” – ‘Peluang adalah kosong’ untuk bintang muda Arsenal meninggalkan kelab setelah dakwaan mengejut ditimbulkan.
Dalam kita dihidangkan dengan khabar angin Arsenal mahu membawa masuk beberapa pemain baharu, terdapat satu khabar angin yang sangat mengejutkan minggu ini.
Pemain muda Arsenal, Gabriel Martinelli dikaitkan dengan perpindahan ke Corinthians.
Kisah bermula apabila seorang jurnalis mendakwa pihak Brazil telah bersetuju menandatangani seorang penyerang muda The Gunners pada tahun depan.
Kemudian, kecoh di Twitter dengan mendakwa bahawa pemain The Gunners yang diperkatakan itu adalah Martinelli.
Kini apabila jurnalis lain mula mencari maklumat lanjut dan secara mendalam mengenai cerita ini, ternyata ia dinafikan oleh pelbagai sumber.
Salah seorang yang menafikannya ialah pengarah Arsenal, Edu Gaspar.
Jurnalis, Cristian Moraes mendakwa dia telah bercakap dengan pegawai Arsenal itu yang berkata 'tiada hubungan' antara kelab dan tidak ada kepentingan serta minat untuk perjanjian tersebut.
Em contato com o diretor do @Arsenal, Edu Gaspar. O dirigente informou que não houve contato entre o clube inglês e o Corinthians por Gabriel Martinelli, e nem há o interesse das partes pelo negócio.#CorinthiansENM #Corinthians #setorista #Martinelli
— Cristian Moraes (@18Cristian_MR) November 10, 2021
📸 Divulgação/Arsenal pic.twitter.com/vPucNudeLS
Kemudian wartawan lain juga melaporkan perkara dan maklumat yang sama.
Marcelo Braga mendakwa ejen Martinelli berkata tidak mungkin kerana ‘peluang adalah kosong’ untuk pemain itu kembali ke Brazil pada jendela perpindahan seterusnya.
"Chance zero", me disse o empresário de Gabriel Martinelli, do Arsenal, sobre a possibilidade de voltar ao Brasil na próxima janela.
— Marcelo Braga (@mabragatchelo) November 10, 2021
Tambahan pula, Caique Silva juga menulis dia mendapat jawapan yang mengatakan "tidak ada rundingan antara kelab dan pemain".
“Não existe nenhuma negociação entre clube e jogador” foi o que recebi de resposta ao buscar informações sobre Gabriel Martinelli e Corinthians.
— Caique Silva (@silvapcaique) November 10, 2021
Agora uma opinião sobre: seria trazer um (bom) jogador para uma posição que hoje passa LONGE de ser carente.
Jorge Nicola juga mengulas mengenai situasi itu dan memandangkan masa bermain Martinelli begitu sedikit di bawah Arteta musim ini, dia mendakwa lebih berkemungkinan untuk pemain berusia 20 tahun itu akan dipinjamkan ke pasukan Eropah yang lain, daripada kembali ke negara asalnya pada peringkat ini.