Perkara sama akan berulang buat Odegaard.

Martin Odegaard telah diberi amaran bahawa dia perlu menyelaraskan aksinya atau menghadapi ulangan mengenai masanya di Real Madrid, akan berlaku di Arsenal.

AS membuat liputan mengenai situasi pemain tengah ini di Emirates dan mengatakan sejarah kembali berulang buat pemain tengah itu, yang kedudukannya di Arsenal ketika ini sedikit janggal.

The Gunners membayar €40 juta untuk menandatangani Odegaard pada musim panas selepas kejayaan pinjamannya musim lalu dan kemasukannya dengan harapan, dia akan membuktikan dirinya sebagai bintang di bawah Mikel Arteta.

Namun perkara tersebut masih belum berlaku dengan Kapten Norway itu masih tidak menemui prestasi terbaiknya setakat bagi musim ini. 

Sememangnya dia telah kehilangan tempat kepada Emile Smith-Rowe, yang menjadi bintang dan bualan hangat ketika ini.

Kini laporan telah menunjukkan bahawa Arsenal sedang meninjau untuk menambah seorang lagi pemain tengah menyerang pada jendela perpindahan Januari, dengan Raheem Sterling dikatakan sebagai calon yang menonjol setakat ini.

Ketibaan pemain Inggeris itu, atau sesiapa sahaja dalam hal ini, akan membuatkan peluang Odegaard semakin terhad dan kemungkinan akan berada lebih lama dibangku simpanan.

Ia adalah masa yang buruk untuk pemain tengah itu, yang mengalami kemerosotan dalam kariernya dan tidak dapat memperbaikinya di Arsenal.

Satu gol dan satu bantuan bukanlah pulangan yang baik untuk wang telah dibelanjakan Arsenal, dan dia kini mendapati dirinya ‘tersingkir ke bangku simpanan’ akibat daripada prestasi tidak menentu yang dipamerkannya.

AS berkata itu sepatutnya menjadi tanda amaran dan dia perlu menyempurnakan aksinya sebelum persaingan selanjutnya tiba.

Sekiranya Arsenal bertindak membawa masuk pemain pada posisi sama dengannya Januari nanti, dia pastinya akan berada dalam situasi yang sama ketika bersama Real Madrid, di mana dia sentiasa dipinggirkan dan 'kalah' kepada pemain yang lebih ternama.

Post a Comment

Previous Post Next Post