Arsenal hubungi kelab, ejen dan pemain untuk menyatakan minat.

Arsenal dilaporkan sangat berminat dengan pemain tengah Lille dan telah memaklumkan minat kepada pemain, kelab dan ejen.

Awal pagi ini, kami membincangkan artikel yang menyatakan bahawa Arsenal telah membuat langkah perpindahan untuk Renato Sanches pada musim panas.

The Gunners dilaporkan telah menghubungi Lille bagi mendapatkan maklumat perpindahan mengenai pemain tengah Portugal itu.

Walaupun pemain itu kini difahamkan sedia berpindah namun, namun permintaan pasukan Ligue 1 itu pada musim panas yang bernilai sekitar €35 juta telah melemahkan minat The Gunners.

Bagaimanapun, The Gunners tidak pernah melupakan pemain Lille itu dan Le10 Sport menyatakan Arsenal 'sangat berminat' terhadap bekas pemain Bayern Munich itu.

Malah dikatakan telah mengambil langkah pertama dengan memaklumkan minat mereka kepada Sanches sendiri, ejennya dan kelab.

Pun begitu, The Gunners masih belum mengemukakan sebarang tawaran setakat ini, tetapi dipercayai akan mula bertindak bermula minggu hadapan.

Selain Arsenal, kelab Itali, AC Milan juga dilaporkan berminat untuk menandatangani pemain Lille itu dan sudah diketahui umum bahawa kelab Perancis itu sedia menerima sebarang tawaran sekiranya menepati anggaran mereka.

Sanches ketika ini dinilaikan pada harga sekitar €30 juta dan kontraknya bersama Lille hanya akan berakhir Jun 2023, namun dengan keinginannya untuk berpindah, tidak mustahil untuk kelab Perancis itu melepaskan pemain ini pada harga yang lebih rendah.

Post a Comment

Previous Post Next Post