Perlumbaan untuk mendapatkan Dusan Vlahovic semakin panas.

Gianluca Di Marzio membincangkan mengenai usaha Arsenal untuk menandatangani penyerang Fiorentina dan ia mencetus pelbagai reaksi daripada peminat Tottenham.


Vlahovic, 22, mencetus fenomena dimana dia telah menjaringkan 21 gol dalam Serie A musim lalu dan musim ini dia telah merekodkan 10 jaringan daripada 13 penampilan yang dibuat setakat ini.

Maka tidak hairanlah mengapa pemain itu menjadi buruan, terutamanya menghampiri jendela perpindahan musim sejuk yang akan dibuka tidak lama lagi.

Perkara itu bertambah hangat selepas Presiden Fiorentina, Rocco Commisso baru-baru ini memberi kenyataan dengan mengatakan bahawa dia akan menjual Vlahovic, sama ada pada Januari ini atau pada musim panas nanti.

Ia dikatakan berpunca daripada tindakan pemain dan ejennya menolak tawaran pembaharuan kontrak yang dilakukan Fiorentina, yang mana mereka telah menawarkan gaji yang jauh lebih tinggi berbanding apa yang diterima pemain itu ketika ini.

The Sun mendakwa bahawa kedua-dua Newcastle dan Tottenham mahukan pemain itu, sementara Di Marzio pula berkata Arsenal berada dalam landasan untuk  menandatanganinya, walaupun harga tinggi.

Fiorentina mahukan sebanyak £68 juta pada bulan Januari dan Arsenal sanggup membayarnya, namun ejen Vlahovic tidak berminat untuk melihat pemain tersebut terbang ke London.

“Masalahnya, Arsenal tidak dapat bercakap dengan ejennya, mereka tidak menjawab telefon.

"Kekurangan ini menjadikannya mustahil untuk memasuki perbincangan.”

Laporan berbeza-beza mengenai masa depan pemain itu dengan kelab-kelab yang dikatakan berminat mencetuskan pelbagai reaksi penyokong Tottentham.

Ini kerana pasukan mereka (Spurs) dikatakan mensasarkan pemain itu dan ia menjadi keutamaan setelah  pengurus baharu,  Antonio Conte dilantik.



Dengan usaha Arsenal yang dikatakan menjadi yang pertama tampil melakukan gerakan untuk mendapatkan pemain itu dan ditambah dengan respon negatif daripada ejen pemain tersebut, penyokong Spurs mula bersuara serta memberikan reaksi mereka.

Jelas sekali, Tottenham sangat menyukai Vlahovic. Laporan daripada wartawan Itali, Alfredo Pedulla mendakwa minggu ini bahawa Spurs kekal berminat untuk menandatangani Vlahovic.

Malah, Antonio Conte telah bercakap dengan Fabio Paratici tentang mendapatkan Vlahovic dengan penyerang itu dijangka akan tersedia pada nilai yang rendah pada musim panas.

Tottenham mahukan Vlahovic, mengikut Pedulla, sama ada Harry Kane kekal atau tidak. Akhirnya, dia akan menggantikan kapten England itu.

Tetapi dengan panggilan telefon Arsenal tidak dijawab, peminat Tottenham telah menggunakan Twitter untuk memberikan reaksi mereka.

Ramai yang menyindir dengan usaha yang dilakukan Arsenal ini.

Ada juga yang mengatakan Arsenal kelab kecil dan menjadi pertanyaan juga adakah kelab mereka lebih besar dari The Gunners?.

Kita semua tidak pasti adakah Arsenal benar-benar mahukan pemain itu ataupun adakah ia sekadar untuk memesong pesaing dengan Edu sebenarnya mensasarkan pemain lain?

Buat masa ini, peminat dan penyokong Arsenal hanya bertindak 'tunggu dan lihat' kerana melihatkan harga pemain itu yang terlalu mahal, adalah sukar untuk melihat The Gunners sedia berbelanja besar sekali lagi, selepas berbelanja besar pada musim panas.

Post a Comment

Previous Post Next Post