Pertahanan tengah Arsenal, Chambers ditawarkan kepada Roma.

Perpindahan tersebut dikatakan boleh tiba di bawah 'keadaan yang sangat menguntungkan'.


AS Roma sedang memantau perkembangan pemain pertahanan Arsenal, Calum Chambers ketika Jose Mourinho berusaha untuk memperkuatkan skuadnya pada Januari ini.

Itu menurut Corriere Dello Sport, yang mengulas bagaimana pasukan Serie A itu merancang aktiviti perpindahan musim sejuk mereka.

Mereka menjelaskan bahawa walaupun berada di rehat antarabangsa, namun kelab tidak berhenti daripada melakukan kerja dan Tiago Pinto sedang berusaha membantu Mourinho untuk memperbaiki skuad.

Dia dan Mourinho melihat jendela perpindahan Januari sebagai aktitivi penting untuk rancangan mereka musim ini, dan ia ditetapkan untuk menjadi tempoh paling sibuk untuk kelab.

Tiago Pinto, Pengurus Besar Bolasepak AS Roma.

Pinto perlu berusaha untuk menjual beberapa pemain sedia ada dan membawa masuk pemain baharu dengan bahagian tengah dan pertahanan merupakan kawasan yang perlu diberi perhatian.

Untuk bahagian pertahanan, peluang baru telah muncul di England dimana mereka telah ditawarkan pemain pertahanan Arsenal, Calum Chambers.

Pertahanan The Gunners itu boleh bermain sebagai bek tengah dan bek kanan, jadi sangat sesuai dengan Mourinho dan peluang menandatanganinya juga tinggi.

Ini kerana Chambers gagal mendapat tempat dibawah Mikel Arteta dan dinyatakan dia ingin berpindah keluar pada Januari ini.

Empat penampilannya setakat ini merupakan jumlah yang terlalu sedikit untuk seorang pemain yang cuba membuat kemunculan semula, dan 'orang perantaraan' telah menawarkannya kepada Roma.

Dia dilaporkan boleh tiba dalam 'keadaan yang sangat menguntungkan' memandangkan kontrak semasanya bersama Arsenal akan tamat pada musim panas.

Pinto tidak yakin dengan tawaran itu pada masa ini, tetapi sedang memerhati keadaan dan masih belum menolak kemungkinan untuk membuat langkah sebaik sahaja bulan Januari tiba.

Post a Comment

Previous Post Next Post