Pemilik kelab dilaporkan secara langsung menangani minat Arsenal terhadap penyerang mereka.
Seperti biasa, sama ada di bawah kendalian Arsene Wenger, Unai Emery mahupun Mikel Arteta, jaringan pemantauan (scout) Arsenal tersebar luas di seluruh dunia dan ini termasuklah Eropah Timur.
Eropah Timur, seperti yang ditakrifkan oleh Bahagian Perangkaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk negara Bulgaria, Republik Czech, Hungary, Poland, Romania,Rusia, dan Slovakia, serta Republik Belarus, Moldova dan Ukraine.
Selain terkenal dengan Istana Bran, yang lama dikaitkan dengan legenda Dracula, Romania juga sentiasa dikenali sebagai sebuah negara yang mampu melahirkan bakat-bakat bolasepak yang hebat seperti Gheorghe Popescu, Adrian Mutu, Cristian Chivu dan Gheorghe Hagi (sekadar menamakan beberapa pemain sahaja).
Istana Bran terletak di daerah Transylvania, juga dikenali sebagai Istana Dracula. |
Arsenal juga pernah dan memiliki beberapa pemain Romania seperti Vlad Dragomir, yang kini beraksi bersama Pafos serta Catalin Cirjan, bersama pasukan remaja The Gunners.
Kini, skuad kendalian Mikel Arteta dilaporkan berminat untuk menandatangani seorang lagi pemain dari Romania.
Pemain yang dilaporkan itu ialah Ianis Stoica, seorang penyerang muda yang kini bermain untuk FCSB dan terdapat laporan mendakwa bahawa The Gunners telah lama memantaunya.
Laporan ini akhirnya sampai ke Romania, di mana pemilik kelab itu, Gigi Becali difahamkan telah memutuskan untuk mempertimbangkan perkara tersebut tetapi perkara ini dilihat sedikit mengelirukan.
Ini kerana laporan media Inggeris (Football London) mengatakan bahawa Gigi Becali sebagai berkata: "Adalah bagus Arsenal memantau Ianis, tetapi tidak ada gunanya kerana dia tidak dijual."
Namun mengikut sumber (laporan) media Romania, kami mendapati bahawa Becali sebenarnya tidak berkata sedemikian dan walaupun terdapat dua versi petikan beliau yang tersebar di laman sesawang Romania, pendiriannya agak jelas dalam kedua-duanya.
Sebagai contoh, versi dari ProSport mendakwa dia berkata: “Saya tidak tahu, tetapi tidak ada gunanya Arsenal memantaunya. Baguslah macam ni…”
Sementara itu, di Digisport, petikan mereka ialah: "Saya tidak tahu sama ada dia dipantau oleh Arsenal, tetapi ia bagus."
Yang pasti, berdasarkan daripada kedua-dua laporan itu, ia sangat jelas bahawa Becali tidak menyedari tentang Arsenal memantau Stoica.
Walau bagaimanapun, satu perkara yang dipersetujui oleh semua versi petikan itu ialah pemain muda itu tidak tersedia pada masa ini kerana Ianis tidak akan dijual buat masa ini.
Tetapi pemain tersebut mungkin akan dilepaskan (dijual) dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi.
Ini bermakna Arsenal mungkin perlu menunggu untuk mendapatkan pemain itu jika mereka memantaunya, tetapi Becali tidak pernah mengesahkannya.