Siapa Salah-Eddine Oulad M'Hand? Bintang muda Arsenal yang perlu diberi perhatian musim ini.
Salah-Eddine menyertai Arsenal sebagai ejen bebas daripada kelab Belanda, Feyenoord pada Ogos 2020 selepas menghabiskan sebahagian besar karier diperingkat kanak-kanak di Rotterdam.
Sejak menyertai Arsenal, pemain tengah muda The Gunners itu telah mempamerkan aksi mengagumkan bersama skuad akademi.
Dan penampilannya jelas diiktiraf oleh Mikel Arteta apabila telah menyenaraikannya dalam skuad senior bagi saingan Piala Carabo baru-baru ini.
Remaja berusia 18 tahun itu menandatangani kontrak bersama Arsenal musim panas lalu, menjelaskan kedudukannya secara terperinci dan mendedahkan apa yang dia suka lakukan apabila beraksi di bahagian tengah.
"Saya seorang pemain tengah dan saya suka bermain box-to-box," kata Salah-Eddine.
"Secara serangan, saya seorang pemain kreatif dan saya boleh bermain dengan kaki kiri atau kanan.
"Saya menjaringkan gol dan mencipta bantuan, dan dari segi bertahan, saya berfikir saya juga melakukan yang terbaik, terutamanya dalam peralihan.
"Mula-mula saya mahu menjadi pemain penting dalam sukad B23 dan kemudiannya mewakili skuad senior dalam beberapa perlawanan.
"Saya mahu melihat bagaimana keadaannya, tetapi di atas segalanya, saya mahu menjalani musim yang baik dengan bawah 23 tahun.
"Mungkin jika saya berbuat demikan, maka saya akan dapat menyertai pasukan utama di sana dalam latihan.
"Itu adalah sasaran saya."
Salah-Eddine menandatangani kontrak lima tahun di Stadium Emirates apabila menyertai Arsenal dan telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan untuk skuad remaja The Gunners musim ini.
Setakat ini dalam Liga Perdana 2, dia telah menjaringkan empat gol sambil turut menghasilkan satu bantuan gol daripada lapan penampilan.
Malah Salah-Eddine turut menyumbang satu gol dan satu bantuan gol dalam saingan Piala EFL.
Perlawanan | Venue | Kelab | Lawan | Keputusan | Pos. | G | B | Minit Beraksi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | A | West Ham U23 | 6:1 | Tiada dalam skuad | ||||||
2 | H | Palace U23 | 4:2 | Tiada dalam skuad | ||||||
3 | A | Tottenham U23 | 1:2 | 1' | ||||||
4 | H | Man Utd U23 | 3:1 | CM | 1 | 90' | ||||
5 | A | Chelsea U23 | 1:6 | CM | 90' | |||||
6 | A | Man City U23 | 2:2 | CM | 1 | 90' | ||||
7 | H | Brighton U23 | 3:0 | CM | 1 | 90' | ||||
8 | A | Liverpool U23 | 3:0 | CM | 90' | |||||
9 | H | Everton U23 | 4:0 | CM | 1 | 90' | ||||
10 | A | Leeds U23 | 2:4 | AM | 1 | 45' | ||||
11 | H | Leicester U23 | 3:3 | Tiada dalam skuad |
Salah-Eddine dilahirkan di Belanda, di Den Haag, pada tahun 2003, tetapi juga boleh mewakili Maghribi di peringkat antarabangsa sekiranya dia mahu, kerana dia turut memiliki kerakyatan negara tersebut, selain Belanda.
Setakat ini dia telah membuat satu penampilan untuk kedua-dua skuad B17 dan B15 Belanda.
Ketika melengkapkan perpindahan ke Utara London tahun lalu, remaja itu berkata: “Seronok dapat menyertai kelab besar seperti Arsenal.
“Ia adalah persekitaran yang baik untuk saya dan juga membantu perkembangan saya dan diharapkan melalui akademi, saya boleh menjadi pemain pasukan utama.
“Mereka (Arsenal) mula-mula menghubungi ayah saya dan kemudian saya pergi ke sana selama seminggu hanya untuk melihat mengenai kelab itu, dan selepas itu mereka tidak perlu berkata apa-apa.
"Saya segera tahu bahawa ia adalah kelab yang sesuai untuk saya."
Adiknya, Ismail Oulad M'Hand turut mewakili Arsenal bersama skuad B18.