Thomas Partey jadi bahan perbincangan peminat.

Aksi Partey ketika menentang Liverpool jadi bahan perbincangan di Twitter.

Peminat dan penyokong Arsenal mengharungi hujung minggu yang menyedihkan kali ini apabila mimpi indah dibuai dengan rentak kemenangan telah dirosakkan oleh pasukan Liverpool.

Anak buah Jurgen Klopp telah merobek empat kali gawang The Gunners dan sebenarnya, ia mungkin lebih dari itu jika tidak kerana prestasi cemerlang Aaron Ramsdale.

Pun begitu, secara keseluruhannya, skuad Arsenal telah menunjukkan peningkatan ketara sejak akhir-akhir ini (berbanding permulaan yang mengerikan). 

Di bawah pimpinan Mikel Arteta, Arsenal kini mempunyai hala tuju yang jelas untuk kelab dan beberapa pembelian pemain baharu juga kelihatan seperti satu urusniaga yang bijak.

Salah seorang daripada mereka yang berjaya dibawa masuk pada jendela perpindahan baru-baru ini ialah Thomas Partey.

Pemain tengah itu tiba di Utara London dengan bayaran sekitar £45 juta, bagaimanapun dia bergelut dengan masalah kecergasan, menyebabkan beberapa peminat Arsenal mempersoalkan nilai wang yang dibelanjakan The Gunners.

Di media sosial atau lebih tepat lagi di Twitter, salah satu akaun pengguna yang tidak asing di kalangan penyokong The Gunners telah membangkitkan persoalan mengenai pemain ini.

Gurjit telah menanyakan pendapat dan bagaimana pandangan peminat Arsenal terhadap sumbangan Partey sejak dia menandatangani kontrak bersama The Gunners, dan seperti yang dijangka, respon yang diterima adalah bercampur-campur.

Inilah yang dikatakan beberapa peminat Arsenal mengenai kesan Thomas Partey terhadap kelab sejak menandatangani kontrak pada 2020.




Anda bagaimana?

Post a Comment

Previous Post Next Post