Torreira bakal tinggalkan Arsenal secara kekal.

Ejen Torreira mengadakan pertemuan ringkas dengan Fiorentina, kemungkinan besar perpindahan berlaku.

Hampir dilupai yang mana pemain ini masih lagi merupakan pemain Arsenal setelah dipinjamkan untuk tempoh dua musim terkini.

Tidak dapat meyakinkan Mikel Arteta bahawa dia boleh menjadi sebahagian dari rancangannya di Arsenal, Lucas Torreira menghabiskan musim lalu sebagai pinjaman di Atletico Madrid sebelum kembali ke Emirates dan kemudian keluar semula, kali ini ke Itali bersama Fiorentina.

Mencipta namanya di Itali sebelum berpindah ke Emirates, ada harapan bahawa perkara sama akan terjadi kepadanya (mencipta kegemilangan di Serie A) dan mampu mengembalikan kariernya ke landasan yang betul.

Torreira tidak mengambil masa yang lama untuk menjadi sebahagian daripada skuad penting dalam rancangan pasukan Serie A itu, dengan kelab tersebut mempunyai pilihan untuk membelinya pada harga €15 juta, pada bila-bila masa sepanjang tempoh pinjaman itu.

Pemain antarabangsa Uruguay itu telah memulakan empat perlawanan terakhir, membantu mereka memenangi dua daripadanya, ketika menentang Cagliari dan Spezia sambil tewas dua lagi 1-0 kepada Lazio dan Juventus.

Malah, Fiorentina sangat gembira dengan persembahannya sehinggakan sudah ada cakap-cakap tentang klausa itu akan diaktifkan pada penghujung kempen ini.

Calciomercato mendedahkan perkara itu dalam laporan terkini mereka dengan menyifatkannya sebagai 'pertemuan ringkas' antara ejen pemain, Pablo Bentancur dengan kelab Itali tersebut.

Walaupun wakil itu juga menguruskan hal ehwal pemain lain seperti Nahitan Nandez, laman web itu percaya bahawa pertemuan itu adalah 'hanya tertumpu kepada Torreira'.

Semasa pertemuan tersebut, terdapat ungkapan 'masing-masing berpuas hati' mengenai prestasi pemain di atas padang dan terdapat perasaan positif tentang penebusan klausa kontrak.

Itulah sebabnya mereka mengatakan 'kemungkinan besar' untuk melihat pemain yang dipinjamkan Arsenal ke Fiorentina itu akan menjadi satu perpindahan tetap.

Mereka menjangkakan bahawa jumlah itu akan dibayar pada satu ketika, mungkin apabila Dusan Vlahovic telah dijual dengan kelab Itali itu akan mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan dalam akaun kewangan kelab.

Mungkin juga Arsenal perlu mengambil peluang ini untuk mengadakan perbincangan bagi mendapatkan Vlahovic dengan Torriera boleh dimasukan kedalam rundingan.

Apa-apapun, semoga terus maju Torriera!

Post a Comment

Previous Post Next Post