Elneny dijangka akan menandatangani kontrak bersama kelab baharu pada bulan Januari.
Pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny dijangka akan menandatangani kontrak bersama kelab Turki, Galatasaray pada jendela perpindahan Januari dengan perjanjian yang nampaknya sudah dipersetujui.
Demikian menurut Fanatik, yang mencadangkan pihak Turki telah pun menandatangani pemain Mesir itu kerana mereka ingin memperkuatkan skuad mereka.
Akhbar itu menjelaskan bahawa Galatasaray berminat untuk membina skuad mereka pada Januari ini dan selepas melanjutkan kontrak beberapa pemain, mereka mahu menambah sekurang-kurangnya tiga pemain baharu ke dalam skuad mereka.
Perbincangan sudah pun dijalankan dengan pemain Benfica, Gedson Fernandes, yang mana kelab itu telah membuat langkah serius untuk menandatangani, dan dia akan disertai oleh Eleny, yang mana akan dibawa masuk pada Januari ini.
Itulah apa yang dilaporkan Fanatik mengenai perpindahan Elneny dengan mereka gagal memberikan butiran mengenai bayaran perpindahan untuk pemain Arsenal itu atau jenis kontrak yang akan ditandatanganinya bersama kelab Turki tersebut.
Awal November lalu, pemain tengah Mesir ini dilaporkan berminat untuk berpindah ke Turki namun pihak pengurusan The Gunners tidak rela kehilangannya secara percuma.
Elneny telah banyak dikaitkan dengan kepulangan ke Turki sejak beberapa minggu lalu, walaupun dengan laporan pada penghujung Oktober menyatakan bahawa terdapat perjanjian pada dasarnya telah dipersetujui untuk perpindahan itu berlaku.
Sejak itu, kita mempunyai ejen Elneny yang bercakap mengenai perpindahan ke Galatasaray dan kemudian dua hari lalu, perjanjian itu berada di peringkat menandatangani.
Halangan terakhir kini nampaknya telah diatasi, sekurang-kurangnya sejauh mana dakwaan Fanatik itu mengenai perpindahan akan berlaku, Elneny nampaknya sudah berada dalam perjalanan keluar dari Arsenal dan akan kembali ke Turki.