Pemain pinjaman Arsenal menjelaskan perbezaan ketara Liga Perdana Inggeris dan Liga Belanda.
Pemain muda Arsenal, Reiss Nelson berkata dia sedang mempelajari sesuatu yang berbeza daripada sebelum ini iaitu mengenai bahagian yang lebih perlahan dalam permainan ketika menjalani tempoh pinjamannya bersama Feyenoord musim ini.
Nelson menyertai pasukan Belanda itu secara pinjaman pada musim panas setelah tidak berada dalam sebahagian daripada rancangan pengurus Arsenal, Mikel Arteta musim ini.
Dia mengalami permulaan tidak menentu di kelab dengan hampir tidak beraksi pada awal musim kerana kecederaan dan kemudian faktor kecergasannya.
Bagaimanapun dia perlahan-lahan berjaya mengubah situasi itu bermula pertengahan Oktober, apabila bertindak sebagai pemain gantian dalam kedua-dua saingan, Liga Belanda (Eredivisie) dan Persidangan Europa (Europa Conference).
Pada 31 Ogos 2021, Nelson berpindah secara pinjaman ke Belanda untuk menyertai pasukan Feyenoord bagi musim 2021–22. |
Minit permainannya semakin meningkat setiap perlawanan, dengan dua penampilan terakhir saingan liga menyaksikan dia bermain 23 minit ketika menentang PEC Zwolle dan Twente.
Ia bukanlah situasi yang dibayangkan dan diingini oleh Arsenal apabila mereka menghantar pemain muda ini secara pinjaman pada musim panas, tetapi Nelson menegaskan dia sedang belajar banyak tanpa mengira kekurangan minit permainan.
"Sepanjang saya berada di sini, saya sangat kagum dengan Feyenoord,"Nelson berkata kepada FR 12.
“Saya tahu nama Feyenoord apabila saya datang ke De Kuip, sudah tentu, dan saya juga tahu bahawa perlawanan menentang AZ agak berat.
“Saya fikir ia hebat untuk tampil di stadium yang penuh sesak dengan suasana yang hebat.
"Apabila Dessers menjaringkan gol, kami semua menjadi gila.”
“Apabila saya membandingkan bolasepak Inggeris dengan bolasepak Belanda, saya melihat bahawa di England, ia lebih kepada berlari dan bertukar dengan pantas.
"Rentak perlawanan lebih tinggi. Di sini ia lebih kepada taktikal, apa yang saya perhatikan.”
Reiss Nelson gagal memikat pengendali Arsenal musim ini, Mikel Arteta. |
Pinjaman ke Feyenoord merupakan kali kedua pemain muda Arsenal ini dipinjamkan selepas pada musim 2018/19, dia menyertai kelab Jerman untuk tempoh semusim dibawah kendalian Julian Nagelsmann (1899 Hoffenheim).
Beraksi di Bundesliga, Nelson mempamerkan aksi cukup cemerlang buat pemain yang berusia 19 tahun ketika itu.
Dia menjaringkan tujuh gol dan satu bantuan gol dalam 23 penampilan Bundesliga untuk mengumpul 29 penampilan secara keseluruhan bersama kelab Jerman itu.
Mampukah Nelson sekali lagi mengulangi kecemerlangannya kali ini bersama kelab Belanda, Feyenoord?