Usaha bersungguh-sungguh untuk membawa Haaland ke Old Trafford.

Rakan Rangnick yakin pengurus Jerman itu akan melakukan segala-galanya untuk mendapatkan pemain idaman ke Manchester United.

Awal minggu ini, Manchester United mengesahkan pelantikan Ralf Rangnick sebagai pengurus sementara sehingga akhir musim.

Tidak mengejutkan kedatangan pengurus Jerman itu menyaksikan Red Devils dikaitkan dengan pemain dari Bundesliga, termasuk sasaran jangka panjang mereka yang dilaporkan, Erling Haaland.

Wartawan Bild, Christian Falk melaporkan pengurus baharu United itu ‘akan cuba meyakinkan’ bintang Borussia Dortmund itu untuk menyertainya di Old Trafford.

Rangnick mempunyai hubungan rapat dengan keluarga pemain antarabangsa Norway itu, yang dibentuknya ketika membantu Red Bull Salzburg menandatangani pemain berusia 21 tahun itu dari Molde pada 2019. 

Pengendali berusia 63 tahun itu memulakan karier kejurulatihannya di FC Viktoria Backnang, sebuah kelab yang pernah disertainya sebagai pemain.

Ralf Kropf, rakan dan bekas rakan sepasukan Rangnick di Viktoria Backnang, percaya bahawa pengendali itu akan melakukan segala-galanya untuk menandatangani Haaland bagi United. 

Demikian menurut TV2, yang turut mendapat komen daripada Kropf, rakan karib bekas bos RB Leipzig itu.

“Di Jerman, terdapat dua penyerang terbaik, Haaland dan Robert Levandowski, di mana Haaland mempunyai kelebihan besar dari segi umur. 

"Dia akan menjadi bintang dunia, saya pasti.

"Dia tidak akan tinggal lama di Jerman. 

"Dia mungkin akan berpindah ke Sepanyol atau England,” kata Kropf kepada TV2.

Kropf juga percaya penyerang Borussia Dortmund itu sesuai untuk Manchester United.

“Dia sudah biasa dengan Rangnick, jadi ia mungkin sesuai [menyertai United]. 

"Ya, bukan rahsia lagi Rangnick cuba membawa Haaland ke RB Leipzig sebelum dia memilih Dortmund,” jelasnya.

“Saya tidak fikir dia peminat mana-mana pemain, dia sedang mencari pemain yang sesuai dengan sistemnya. 

"Seseorang yang menjaringkan gol seperti Haaland, mana-mana jurulatih akan perlukan.

"Dia sentiasa berminat untuk mencari pemain yang lebih muda dan saya fikir ia akan menjadi sangat menarik untuk menggandingkannya bersama Ronaldo."

Post a Comment

Previous Post Next Post