Matheus Donelli ditawarkan ke Arsenal.

Penjaga gol Corinthians, Matheus Donelli ditawarkan ke Arsenal setelah ejen mempunyai hubungan baik dengan Edu Gaspar.

Jorge Mendes merupakan ejen bertanggungjawab kepada penjaga gol muda Brazil, Matheus Donelli yang kini beraksi bersama Corinthians.

Pendedahan yang dibuat media Brazil, Bola Vip mengatakan bahawa Pengarah Sukan Arsenal, Edu Gaspar telah mempunyai laporan setebal 19 muka surat mengenai penjaga gol muda itu, setelah Mendes menawarkan pemain itu kepadanya.

Kisah perpindahan ataupun tawaran yang dibuat itu ejen kepada Arsenal bermula setelah kelab Brazil itu mempunyai rancangan lain terhadap posisi penting kelab tersebut.

Corinthians ketika ini mempunyai penjaga gol utama iaitu Cassio, yang semakin hampir ke penghujung kariernya dan Donelli yang berusia 19 tahun, dijangka menjadi penggantinya.

Bagaimanapun, kelab itu membuat langkah lain dan hampir menandatangani Ivan, dari Ponte Preta, untuk posisi itu.

Itu merosakkan rancangan penjaga gol muda itu dan kini wakilnya memberitahu Corinthians dia akan mencari kelab baharu.

Oleh kerana ejennya ialah Jorge Mendes, dia sudah tentu boleh ditawarkan ke destinasi yang sangat menarik.

Jadi menurut Bola Vip, nama Donelli telah ditawarkan kepada Arsenal, yang mana ia sudah pun berlaku pada 2021.

Difahamkan Donelli sebenarnya telah diikuti oleh The Gunners itu sejak 2019, apabila dia memenangi kejuaraan bersama pasukan kebangsaan Brazil Bawah 19 tahun.

Laporan itu kemudian mendakwa bahawa Edu Gaspar, yang juga pengarah di Corinthians sebelum ini, menerima dokumen setebal 19 muka surat mengenai penjaga gol itu.

Wakil Donelli dijangka menyerahkan tawaran dari kelab-kelab berminat kepada Corinthians dalam beberapa hari akan datang, walaupun tidak jelas sama ada Arsenal merupakan salah satu pasukan yang membuat tawaran itu.



Post a Comment

Previous Post Next Post