Arsenal bersedia untuk membuat tawaran mendapatkan Arthur dalam perpindahan pinjaman bulan ini dari Juventus.
Mereka menjelaskan bahawa Arthur kini adalah pilihan kelima dalam senarai pemain tengah Maximiliano Allegri, yang menjadi isu untuk pemain dan kelab, memandangkan dia memperoleh €5 juta bersih setahun.
Arthur mahu mendapatkan semula tempat dalam skuad Selecao menjelang Piala Dunia di Qatar dan untuk itu ejennya Federico Pastorello, telah berusaha mencarik kelab yang boleh dan mampu menawarkan perkara tersebut kepada kliennya.
Arsenal pula dilaporkan bersedia untuk menawarkannya dan membawa Arthur secara pinjaman bulan ini.
Juventus tahu bahawa penjualan muktamad adalah mustahil memandangkan kesan ke atas belanjawan dan oleh itu mereka sanggup meminjamkannya dengan bertujuan - sekadar untuk mengeluarkannya daripada senarai gaji.
Harapan mereka agar pemain itu dapat ‘dinilai semula’ supaya mereka boleh menjualnya pada masa hadapan dengan nilai yang lebih tinggi, sekiranya dia beraksi dengan baik.
Walau bagaimanapun, untuk merealisasikan semua itu, Juve perlu segera mencari pengganti dan mereka dilaporkan memerhatikan Denis Zakaria dari Borussia Monchengladbach, yang telah mereka ikuti sejak sekian lama.
Denis Zakaria juga dikatakan menjadi sasaran The Gunners. |
Zakaria boleh meninggalkan kelab Jerman itu bulan ini kerana kontraknya akan tamat pada musim panas.
Dan Borussia Monchengladbach sedia dan lebih suka menjual daripada kehilangannya secara percuma.
Seperti dilaporkan, Juventus juga sedia melakukan tawaran membelinya, mengambil kesempatan daripada situasi pemain tersebut, yang mana ia boleh membebaskan Arthur untuk berpindah ke Arsenal secara pinjaman.
Pun begitu, adakah Arsenal lebih berminat untuk mendapatkan Arthur berbanding Zakaria?
Ini kerana kedua-dua pemain ini juga menjadi sasaran The Gunners - seorang boleh didapati secara pinjaman bulan ini dan seorang lagi boleh dibeli bulan ini ataupun menunggu sehingga akhir musim untuk menandatanganinya secara percuma.