Marseille sahkan akan membeli Matteo Guendouzi.

Ketua kelab mengesahkan keputusan untuk membeli pemain Arsenal dan pemain The Gunners menerangkan sebab dia mahukan perpindahan tetap.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta meninggalkan Matteo Guendouzi daripada rancangannya di Arsenal dan itu menyaksikan dia menghabiskan musim lalu secara pinjaman di Hertha Berlin.

The Gunners kemudian membenarkan pemain berusia 22 tahun itu menyertai Marseille secara pinjaman pada musim panas lalu (musim ini) dan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, pasukan Ligue 1 itu mempunyai pilihan untuk membelinya selepas musim ini.

Pemain yang dimiliki Arsenal itu mempamerkan aksi yang sangat mengagumkan bersama kelab Perancis itu, di bawah kendalian Jorge Sampaoli.

Penampilan cemerlangnya pada kempen ini membantunya membuat penampilan sulung untuk skuad kebangsaan Perancis pada November lalu.

Ketika ini, Marseille yakin bahawa mereka mampu mengekalkan pemain tengah itu bersama mereka selepas musim ini berakhir dan merancang untuk mengaktifkan pilihan pembelian (klausa kontrak pinjaman) pada musim panas ini.

Menjadi tetamu di RMC Sport untuk program Rothen s'enflamme, di mana presiden Marseille mengesahkan bahawa mereka akan menandatangani Guendouzi secara automatik pada akhir musim ini. 

Guendouzi juga memberi gambaran tentang keputusannya untuk menyertai Marseille dalam perjanjian pinjaman pada 2021.

“Ia adalah pilihan yang dipertimbangkan dengan teliti. 

"Terdapat perbincangan yang sangat baik dengan presiden, dengan jurulatih dan ahli keluarga saya. 

"Kami benar-benar membuat keputusan terbaik bersama-sama. 

"Bagi saya, ia adalah pilihan terbaik yang saya buat dalam beberapa tahun,” katanya kepada RMC.

“Presiden Longoria dan jurulatih Sampaoli adalah orang yang memperkenalkan saya kepada projek itu dan membuatkan saya mahu datang. 

"Kami bercakap tentang projek Marseille, apa yang boleh saya bawa kepada pasukan, bagaimana saya akan berkembang.

"Saya menemui diri saya dalam ucapan ini, saya tahu bahawa apabila saya datang ke sini, saya akan melintasi satu tahap dan terus berkembang, sama ada dari segi kemanusian atau bolasepak."

Post a Comment

Previous Post Next Post