Semuanya sudah sedia, namun ia 'tidak ke mana-mana'.

Usaha Arsenal adalah benar ketika berusaha menandatangani pemain Juventus pada bulan Januari, hanya ia berakhir dengan tiada keputusan dicapai.

Sepanjang bulan Januari, selain kisah Dusan Vlahovic, terdapat satu lagi kisah perpindahan yang mendominasi khabar angin mengaitkan Arsenal dan itu adalah mengenai minat The Gunners terhadap Arthur Melo.

Pemain tengah Juventus itu dikatakan menjadi salah seorang pemain yang sedia dikorbankan oleh pasukan Serie A itu semasa jendela perpindahan musim sejuk.

Itu kerana mereka mahu melakukan penjimatan dalam pembayaran gaji selain mahu menjana sedikit wang hasil 'pinjaman - penjualan' Melo.

Walaupun terdapat rundingan serius yang benar-benar berlaku antara kedua-dua pihak, namun perjanjian tidak pernah dicapai.

Sebahagian besar daripada itu adalah disebabkan oleh keengganan Arsenal untuk membuat komitmen jangka panjang untuk pemain Brazil itu.

The Gunners hanya berminat dengan perjanjian singkat, yang dilihat lebih pratikal dengan hanya meminjamkan Melo selama enam bulan.

Calciomercato melihat kembali bagaimana jendela Januari mensia-siakan Arthur, menjelaskan 'begnya sudah siap' pada awal bulan, dilihat sebagai 'pemain pertama' meninggalkan Turin dan memberi ruang kepada Denis Zakaria.

Malah, ia dinyatakan dengan jelas bahawa usaha Arsenal itu bukan sekadar khabar angin, ia adalah tindakan betul-betul dilakukan dan merupakan usaha yang dijalankan berterusan sehingga ia bertahan di hari terakhir jendela perpindahan.

Masalahnya, ia adalah terlalu jauh untuk dipersetujui antara cadangan The Gunners dengan kemahuan Juventus.

Arsenal mahukan pinjaman kosong tanpa terikat dengan mana-mana klausa yang mungkin akan membebankan mereka dan permintaan Juventus, yang mendesak pinjaman itu dimasukkan dengan klausa wajib beli untuk menjadikan perpindahan itu menjadi kekal.

Jadi, semuanya datang dengan perincian mengenai kisah perpindahan yang tidak menjadi itu.

Namun yang pasti, apa yang kita ketahui daripada pendedahan itu adalah - Arsenal sememangnya berminat untuk membawa Melo ke Emirates pada Januari lalu.

Hanya kegagalan dalam rundingan yang dilihat (sebenarnya) adalah satu tindakan yang tepat dibuat Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post