“Kejutan positif” – Pemain tengah mengimbau kembali kenangan menakjubkan ketika bersama Arsenal dan dengan rakan sepasukan yang sangat mengagumkan.
Kehilangan aksi dalam sebahagian besar musim ini dengan kecederaan Achilles, Francis Coquelin tidak bermain sebanyak yang diingini menjelang pertembungan besar Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich.
Sama ada dia akan bermula (menentang Bayern Munich yang dijadualkan jam 3 pagi nanti), masih belum diketahui lagi.
Tetapi satu perkara yang pasti, dia adalah salah seorang pemain yang mempunyai pengalaman paling tinggi bermain di Eropah untuk skuad Villarreal.
Coquelin mempunyai 58 penampilan dalam aksi peringkat Eropah, baik dalam saingan Europa mahupun Liga Juara-Juara.
Kebanyakan penampilan yang direkodkan itu adalah ketika dia bersama Arsenal, kelab yang dia wakili selama sembilan tahun dan membuat 160 penampilan sebelum berpindah ke Valencia pada 2018 dengan nilai perpindahan berjumlah £12.6 juta.
Perjalanannya ke pasukan utama Arsenal dilakukan dengan cara yang sukar, bermula dengan bermain untuk skuad U18 sebelum berada dibangku simpanan skuad senior The Gunners.
Kemudian dipinjamkan kepada Lorient, SC Freiburg dan Charlton menjadi kelab terakhir disertainya secara sementara,
Tetapi dia membuat kepulangan awal pada Disember 2014 apabila Arsene Wenger memanggilnya untuk memulakan masanya bersama Arsenal.
Kini di Villarreal, Coquelin duduk bersama So Foot, membincangkan kariernya sehingga kini, termasuklah masanya bersama Arsenal.
Semuanya bermula apabila dia dilihat oleh Gilles Grimandi, ketika dia bermain untuk B17 Perancis dan ketika itu Coquelin masih bersama Laval (Stade Lavallois).
Coquelin berkata: “Dia memantau saya dan dengan cepat memberitahu saya bahawa Arsenal berminat dengan saya.
"Ia satu kejutan yang positif, lebih-lebih lagi ketika itu, Arsenal merupakan pasukan yang bermain dengan cantik.
"Malah ia adalah satu ‘trend’ buat pemain Perancis, menandatangani kontrak di England pada masa itu."
Merebut peluang dengan tangan terbuka, Coquelin menyukai masanya di London, di mana dia duduk dan memberitahu dirinya bahawa ia akan menjadi semua tentang kerja dan memutuskan untuk mengabaikan pengaruh luar.
Dipanggil semula daripada pinjaman daripada Charlton, yang mana dia sendiri memintanya apabila Mikel Arteta, Aaron Ramsey dan Jack Wilshere semuanya cedera, Coquelin kemudian mula bermain lebih kerap di bawah Wenger.
Bagaimana perasaan itu?
"Ia menakjubkan!
"Saya bermain dengan Santi Cazorla dan Mesut Ozil di hadapan saya.
"Saya boleh menghantar bola sampah kepada mereka dan mereka mengawalnya dengan mudah.
"Persefahaman yang saya ada dengan Cazorla kekal bersama saya.
"Dia sangat mengagumkan.
"Saya boleh melakukan apa yang saya mahu di atas padang, saya tahu dia akan sentiasa ada sebagai jaminan (backup).”