Pundit memuji Mikel Arteta walaupun Arsenal mengalami kejatuhan terbaru.
Garth Crooks mendakwa bahawa Mikel Arteta telah melakukan lebih baik daripada jangkaan bersama Arsenal musim ini, walaupun mendakwa bahawa The Gunners telah 'kehabisan tenaga'.
The Gunners jelas menjadi pilihan untuk menamatkan saingan di empat teratas pada rehat antarabangsa, dengan sesetengah pihak mendakwa pasukan Arteta boleh mengejar Chelsea yang goyah pada ketika itu ditangga ketiga.
Namun, dalam keghairahan yang ditampilkan dan keputusan baik diharapkan, ia telah menjadi malapetaka sejak itu.
Kedudukan terkini carta liga. |
The Gunners kehilangan Kieran Tierney sebelum pertembungan menentang Crystal Palace, manakala Thomas Partey pula terpaksa diketepikan semasa perlawanan itu, dengan kedua-duanya kini dijangka tidak mampu untuk bermain bagi baki perlawanan musim ini.
Kecederaan nampaknya benar-benar merumitkan keadaan dan merugikan The Gunners dalam usaha untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas kali ini serta menyukarkan lagi peluang beraksi di saing tertinggi kelab Eropah.
Walaupun Arsenal ketika ini kelihatan sudah terkeluar daripada perlumbaan untuk slot ke Liga Juara-Juara musim depan, namun Garth Crooks menegaskan bahawa Mikel Arteta telah melakukan kerja yang mengagumkan.
Semasa menamakan Fraser Forster untuk Pasukan Minggu Ini dalam ruangan BBCnya, dia telah membuat dakwaan tersebut (Arteta sangat mengagumkan bersama Arsenal).
Pasukan terbaik mingguan Garth Crooks |
“Southampton dibelasah Chelsea [6-0] di Stamford Bridge minggu lalu tetapi pulih dengan cemerlang untuk menyukarkan usaha dan cita-cita Liga Juara-Juara Arsenal.
"Jika tidak kerana penjaga gol [Forster], jaringan perlawanan menentang Chelsea mungkin jauh lebih teruk dan dia sekali lagi hebat untuk The Saints, membuat beberapa penyelamatan cemerlang ketika menentang The Gunners.
"Forster telah bermain dengan baik, satu perkara yang menjadi keutamaan dalam pemilihan baru-baru ini untuk skuad England pimpinan Gareth Southgate.
"Arsenal pula mula kelihatan seperti pasukan yang kehabisan tenaga.
"Saya harus mengakui, tidak kira di mana mereka menamatkan saingan musim ini, Mikel Arteta telah melakukan kerja yang jauh lebih baik daripada apa yang saya jangkakan.”
Di sebalik tiga kekalahan berturut-turut itu, ada yang melepaskan amarah dan mengkritik pengurus Arsenal, dan itu sebenarnya tidak mungkin membantu untuk menjadikan pasukan lebih baik kerana The Gunners kini menghadapi cabaran getir untuk menamatkan kemarau kemenangan.
Lawan yang bakal dihadapi Arsenal seterusnya adalah Chelsea, kemudian Manchester United dan West Ham yang menunggu selepas itu.
Jadual perlawanan Arsenal. |
Sejak permulaan musim, tiada siapa yang menjangkakan bahawa Arteta mampu membawa Arsenal sejauh ini musim ini.
Tiga kekalahan dalam aksi pembukaan kempen kali ini, namun bangkit untuk mencatatkan sembilan perlawanan tanpa kekalahan, membuktikan kebangkitan yang tidak dijangkakan The Gunners.
Bermulalah siri pendakian The Gunners untuk menjadi sebuah pasukan pencabar musim ini sehinggakan dilihat mampu menamatkan saingan dikalangan empat teratas.
Berdasarkan itu, sukar untuk menyaksikan Arteta disingkirkan pada ketika ini mahupun pada musim panas nanti.
Pun begitu, apa yang perlu kita persoalkan ketika ini adalah sama ada skuad sedia ada (ketika ini) telah memberikan segalanya, telah mengatasi diri mereka sendiri ataupun keseluruhan pasukan sebenarnya kurang berdaya saing?
Sejak awal musim, tiada harapan tinggi diberikan kepada Arteta untuk membawa Arsenal berada dikelompok empat teratas dan mengapa pula ia harus menjadi titik rujukan sekarang?
Penulis tidak peduli dengan kritikan orang lain terhadap Arteta dengan apa yang diperkatakan terhadapnya.
Bagi penulis, Arteta adalah seorang pengurus yang hebat dan dia mengendalikan pasukan termuda dalam Liga Perdana Inggeris.