“Kami akan teruskan sehingga ke akhirnya”

Kelab berazam untuk menandatangani pemain Arsenal, sedia untuk berkompromi.

Menjelang penghujung jendela perpindahan lalu, muncul dakwaan mengejut daripada akhbar Perancis mengenai Lyon mahu membawa kembali Alexandre Lacazette.

Dakwaan itu kemudiannya disokong oleh kenyataan presiden kelab tersebut, Jean-Michel Aulas yang menyokong semuanya dan dia tidak mahu melepaskan peluang terhidang itu.

Kini, kisah Lacazette akan meninggalkan Arsenal secara percuma dan kembali ke kelab lamanya muncul lagi dalam sidang media ketika Lyon mengumumkan kontrak baharu Maxence Caqueret, dengan RMC Sport melaporkan perkara tersebut.

Pengarah, Vincent Ponsot dan Presiden kelab, Aulas mempunyai sesuatu untuk dikatakan mengenai perkara itu.

Yang pertama berkata: "Kami akan meneruskan sehingga ke akhirnya, ia adalah keinginan untuk kami."

Bagi individu yang bertanggungjawab untuk segala-galanya kepada kelab: "Jika ada keperluan untuk membuat kompromi bagi memilikinya, kami akan melakukannya."

Sebelum berpindah ke Arsenal pada 2017 dengan bayaran melebihi £47 juta, Lacazette telah membuat 275 penampilan untuk Lyon, menjaringkan 129 gol dan merekodkan 43 bantuan.

Sebaliknya, sejak menyertai The Gunners, dia telah menjaringkan 71 gol dan membantu 36 gol dalam 203 perlawanan.

Kontraknya bersama Arsenal akan tamat pada penghujung musim ini dan ia masih harus dilihat sama ada dia akan melanjutkan tempohnya atau tidak.

Bagaimanapun, melihatkan Eddie Nketiah yang lebih kerap digunakan Arteta dalam beberapa perlawanan terkini The Gunners, ia bagaikan memberi gambaran bahawa pengurus Arsenal itu sedang mempersiapkan skuadnya tanpa kehadiran penyerang Perancis itu musim depan.

Itu juga menjelaskan Nketiah mungkin akan mengetuai serangan The Gunners musim depan.

Pun begitu, dakwaan sebelum ini juga mengatakan bahawa Lacazette mahukan aksi Eropah dan ini mungkin mengubah keadaan sekiranya Arsenal layak beraksi Liga Juara-Juara musim depan.



Post a Comment

Previous Post Next Post