Ketua kelab mengakui hampir mustahil untuk mereka menandatangani pemain Arsenal dan kembali ke Emirates nampak jelas.
Ketua Feyenoord, Frank Arnesen telah mengakui adalah 'hampir mustahil' bagi mereka untuk mengekalkan pemain pinjaman Arsenal, Reiss Nelson di kelab itu musim depan.
Pemain sayap itu telah bersama pasukan Belanda tersebut sejak musim panas apabila Arsenal memilih untuk menghantarnya keluar bagi mendapatkan minit permainan yang lebih kerap, yang tidak dapat ditawarkan di Emirates.
Selepas permulaan sukar di kelab itu, Nelson membuktikan dirinya sebagai pemain utama menjelang akhir musim dan Feyenoord telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka ingin mengekalkannya jika boleh.
Terdapat keinginan yang semakin meningkat yang boleh berlaku dan minggu lepas terdapat juga laporan yang menyatakan Feyenoord telah membuat tawaran kepada Arsenal untuk perjanjian pinjaman baharu.
🚨🎖 Info Reiss Nelson
— 1908.nl (@1908nl) May 11, 2022
- #Feyenoord heeft de speler recentelijk een voorstel gedaan om nog minimaal één jaar voor de Rotterdammers uit te komen.
- Ook #Arsenal heef zijn vertrouwen in de speler uitgesproken.
- Nelson neemt na het seizoen een beslissing over zijn toekomst.
⏳🦋 https://t.co/Ir91SeWE8T pic.twitter.com/KaunpfB4pa
Nampaknya mereka sudah bersedia untuk melepaskan harapan mereka dan ini di tambah dengan laporan Algemeen Dagblad yang mendedahkan bahawa kembali ke Arsenal nampak semakin jelas pada ketika ini buat Nelson.
Mereka juga membawa komen daripada ketua Feyenoord, Arnesen yang berkata, “dalam tahun terakhir kontrak pemain, mereka tidak lagi meminjamkan pemain. Mengekalkan Nelson, itu hampir mustahil untuk kami."
Ini dilaporkan kerana ianya telah dibuktikan bahawa Nelson telah berkembang dengan sangat memberangsangkan di Rotterdam.
Dalam erti kata lain, mereka (Feyenoord) ingin melihat sekali lagi perkara itu pada musim panas ini (mahu meminjam Nelson sekali lagi).
Bagaimanapun dengan situasi kontrak Nelson yang bakal memasuki tahun terakhir dan untuk melihat dia dipinjamkan lagi, ia adalah sesuatu yang sukar dengan Gunners sebaliknya memanggilnya semula sebelum memutuskan sama ada untuk menawarkan perjanjian baharu atau memindahkannya.