Fiorentina hanya mempunyai masa kurang daripada 48 jam untuk menyelesaikan perjanjian berkenaan perpindahan pemain Arsenal.
Dengan klausa pembelian €15 juta dalam kontrak pinjaman yang membawa Lucas Torreira dari Arsenal ke Fiorentina tamat pada 31 Mei, ada sedikit masa lagi untuk pasukan Serie A mengekalkan pemain kebangsaan Uruguay itu.
Itulah sudut laporan yang diberi perhatian oleh Corriere dello Sport pada hari Isnin, menjelaskan bahawa hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum mengetahui sama ada pemain tengah itu akan kekal di Florence atau tidak.
Kepercayaan adalah bahawa waktu yang singkat di hadapan mereka yang terlibat dalam perbincangan, dengan terpaksa berhubung melalui panggilan telefon Eropah-Amerika Selatan, sememangnya boleh merencatkan perbincangan dan keputusan perlu dibuat dengan segera.
Kelab Itali itu perlu membayar €15 juta kepada Arsenal, dengan jumlah itu dilihat adil memandangkan ianya telah pun dipersetujui ketika proces persetujuan dicapai ketika menandatangani Torreira secara pinjaman.
Malah tindakan Arsenal yang sedia menerima bayaran tersebut (€15 juta) secara berperingkat juga dilihat sangat berpatutan dan bertimbang rasa.
Arsenal sanggup menerima bayaran tersebut secara ansuran dengan ianya dilakukan sehingga tahun 2025, untuk Fiorentina menyelesaikan bayaran perpindahan itu.
Namun, mereka yang bertanggungjawab di Florence masih berusaha melakukan tawar menawar untuk mengurangkan jumlah tersebut (meminta diskaun).
Selain itu, terdapat kontrak yang akan ditandatangani pada angka yang memenuhi permintaan pemain kebangsaan Uruguay itu, dengan ianya sekali lagi dilaporkan Fiorentina juga mahukan diskaun walaupun ia telah dipersetujui sebelum ini.
Alasan mereka adalah untuk menjaga keseimbangan dan keharmonian di bilik persalinan.
Tambahan pula, terdapat keperluan untuk mempertimbangkan komisen dan pelbagai bonus untuk dikenal pasti dan dimasukkan dalam kontrak antara ejen dan kelab.
Dengan masa kian suntuk, Corriere dello Sport menjelaskan bahawa ini adalah peluang terakhir dan hanya tinggal kurang 24 jam lagi untuk menyelesaikan segala-galanya.