Newcastle mahukan Saliba, Arsenal cuba pertahankan.

Newcastle berminat untuk mendapatkan pemain Arsenal walaupun The Gunners mahu mempertahankannya.

Seperti yang mungkin anda lihat awal minggu ini, Mikel Arteta telah menyatakan hasratnya dengan sangat jelas apabila bercakap mengenai William Saliba, yang telah dipinjamkan ke Marseille untuk mendapatkan masa permainan.

Saliba tampil cemerlang bersama kelab Perancis itu, dengan dia turut memperolehi dua cap antarabangsa bersama Perancis sepanjang tempoh itu.

Bagaimanapun, perjanjian membawanya ke sana tidak termasuk pilihan untuk membeli, bermakna dia bersedia untuk kembali ke Arsenal.

Arteta pula sudah merancang untuk menggunakan dia sebagai persaingan kepada pemain seperti Gabriel Magalhaes dan Benjamin White.

Itu pastinya perkara yang dirancang dengan rapi untuk membentuk persaingan lebih berkualiti dibahagian pertahanan The Gunners, melainkan seseorang seperti Newcastle United datang dengan tawaran perpindahan besar untuk memaksa The Gunners ke dalam penjualan.

Ini kerana wartawan Perancis, Fabrice Hawkins melalui ciapannya pada hari Khamis melaporkan bahawa sementara Arsenal ‘mahu mengekalkan Saliba’, kelab seperti Magpies, Napoli dan Atletico Madrid berminat mendapatkan pemain The Gunners itu.

Bagi Marseille dalam semua ini, ia menunjukkan bahawa Pablo Longoria dan Jorge Sampaoli tidak meninggalkan idea untuk membawanya kembali.

Mereka dalam laporan terkini mengatakan - walaupun berminat untuk membawa Saliba kembali bersama mereka, namun mereka harus menghormati Arsenal.

BACA: Marseille perlu hormati Arsenal

Itu semua baik dan bagus, tetapi jika ia berkaitan dengan wang tunai, kita semua tahu Newcastle United pastinya akan memenangi pertempuran itu, tanpa mengira kekurangan aksi bolasepak Eropah mereka.

Saliba sangat menyukai Marseille dan menikmati permain sepanjang tempohnya di sana, semasa kempen yang baru selesai.

Ini bermakna dia boleh menolak Newcastle dan mungkin juga mendorong Arsenal untuk menghantarnya kembali ke selatan Perancis dalam proses itu.

Kita perlu tunggu dan lihat.

Post a Comment

Previous Post Next Post