Pemain telah memilih Tottenham, situasi Chelsea menyebabkan keadaan sukar.

Paratici ambil kesempatan daripada situasi Chelsea untuk mendapatkan tandatangan pemain Inter Milan.

Kontrak semasa Ivan Perisic bersama Inter Milan akan berakhir pada 30 Jun ini dan dia telah menarik minat daripada Chelsea, Tottenham Hotspur dan Newcastle United.

Empat hari lalu, Corriere della Sera menjelaskan The Blues berada di hadapan untuk menandatangani pemain berusia 33 tahun itu secara percuma pada musim panas ini.

Tangkap layar laporan Corriere della Sera empat hari lalu.

Bagaimanapun Tottenham Hotspur dilaporkan telah memintas Chelsea dalam perlumbaan itu sekiranya laporan yang keluar dari Itali boleh dipercayai.

TuttoMercatoWeb menyatakan perjanjian untuk membawa pemain antarabangsa Croatia itu ke Chelsea telah 'terhenti' kerana isu pentadbiran kelab tersebut.

Manakala Ketua Tottenham Hotspur, Fabio Paratici difahamkan telah cuba mengambil kesempatan ke atas situasi Chelsea untuk mendapatkan pemain itu untuk diberikan kepada Antonio Conte.

Ivan Perisic kini dilaporkan berada 'hampir dan lebih dekat', dan 'selangkah lagi' untuk menyertai kelab utara London itu. 

TMW menjelaskan bahawa Spurs telah membuat tawaran sebanyak £4 juta setahun ditambah £700,000 sebagai potensi pembayaran bonus.

Di InterLive.it, mereka menyatakan Perisic pasti sertai Tottenham, selepas mereka membuat tawaran dua tahun kepadanya. 

Pihak Serie A juga telah membuat tawaran, tetapi tawaran Spurs sebanyak €5 juta ditambah bonus adalah lebih tinggi sedikit daripada apa yang ditawarkan Inter.

Pemain sayap yang 'berpaling tadah' itu sentiasa mengimpikan Liga Perdana Inggeris dan pilihan untuk menyertai pasukan Conte dilihat sesuatu yang menyakinkan kerana pasukan itu memiliki peluang teknikal dan ekonomi yang hebat untuknya - sebagaimana laporan itu.

Sky Italia juga menjelaskan bekas pemain Wolfsburg itu telah memilih Tottenham selepas mereka menawarkan tawaran penting sebanyak €6 juta setahun di atas meja. 

Ketika ini Tottenham sedang menunggu keputusan rasmi daripada Perisic dalam beberapa jam akan datang.

Post a Comment

Previous Post Next Post