Arsenal mungkin sudah pun menemui pengganti Nicolas Pepe untuk musim depan.
Graduan Hale End Arsenal, Bukayo Saka, Emile Smith Rowe dan Eddie Nketiah telah berkembang pesat di Emirates dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Tetapi ada seorang lagi yang mengagumkan dan mungkin tidak disedari iaitu Reiss Nelson.
Pemain berusia 22 tahun itu menyertai The Gunners ketika dia baru berusia sembilan tahun.
Dia hadir di skuad senior selepas cemerlang di akademi Arsenal dan membuat penampilan sulung di bawah Arsene Wenger pada musim 2017/18.
Nelson menghabiskan kempen berikut secara pinjaman di Jerman bersama Hoffenheim dan sangat mengagumkan di sana.
Sebaik sahaja pemain Inggeris itu kembali, ramai yang menjangkakan dia akan bermain dan bersaing untuk mendapatkan tempat dalam pasukan utama, tetapi perkara sebaliknya berlaku dengan dia tidak pernah berjaya menjadi pemain tetap.
Mikel Arteta kemudian menghantar Nelson secara pinjaman kepada Feyenoord pada musim panas lalu dan di sana, dia mengalami serta mempunyai permulaan yang sukar.
Bagaimanapun, sejak awal Mac, pemain Arsenal itu telah menunjukkan kepada dunia mengapa dia mendapat penilaian yang sangat tinggi.
Pemain pinjaman Arsenal, Reiss Nelson bersinar dalam tempoh pinjaman.
Nelson benar-benar bergelut di Feyenoord pada separuh pertama musim ini.
Dia mengalami sedikit kecederaan, tidak cukup memulakan permainan dan walaupun dia bermain, dia tidak dapat memberi impak.
Bagaimanapun, sejak awal Mac, dia lebih kerap berada dalam kesebelasan utama dan itu telah membantunya menjadi pemain yang sangat berbahaya.
Dalam tiga perlawanan terakhir Eredivisie Feyenoord, Nelson telah terlibat secara langsung dalam enam gol - empat bantuan dan dua gol.
Aksi Nelson ketika membantu Feyenood mengatasi Marseille dalam perlawanan kedua separuh akhir Piala Persidangan pagi tadi. |
Dalam Liga Persidangan Europa, dia mempunyai dua gol dan tiga bantuan dalam lima penampilan terakhirnya (tidak termasuk perlawanan kedua separuh akhir), yang juga sangat mengagumkan.
Perubahan terbesar bagi Nelson ialah hakikat bahawa dia secara konsisten diberi peluang untuk bermain di sayap kanan.
Itu tidak selalu berlaku pada awal musim; dia sentiasa diminta bertukar peranan.
Nelson akan kembali ke Arsenal pada penghujung musim ini dan persembahannya di sayap kanan boleh meyakinkan pengendali The Gunners itu untuk mengekalkannya – berpotensi menggantikan Nicolas Pepe.
Kesebelasan utama Feyenood ketika menentang Marseille untuk perlawanan kedua separuh akhir Piala Persidangan, |
Seorang graduan akademi yang hampir tidak bermain di peringkat teratas menggantikan pemain yang menyebabkan The Gunners membelanjakan untuk rekod kelab berjumlah £72 juta, benar-benar kedengaran gila, tetapi ada asasnya dalam hal ini.
Kita semua mengetahui bahawa Arteta ketika ini dalam usaha membina skuad Arsenal untuk jangka panjang dengan bahagian kanan The Gunners turut terlibat dan disusun untuk dekad seterusnya.
Melainkan Mikel Arteta berjaya menandatangani Mo Salah, tiada siapa yang mampu mengambil tempat Bukayo Saka dalam skuad The Gunners, yang menghapuskan keperluan untuk mendapatkan pemain sayap kanan pilihan utama.
BACA: 10 pemain sayap kanan terbaik di dunia pada tahun 2022.
Pepe pastinya lebih mantap berbanding Reiss Nelson, tetapi dia hampir tidak bermain untuk Arsenal musim ini.
Pemain termahal yang pernah dibawa masuk The Gunners itu dijangka oleh ramai pihak akan dijual pada musim panas ini.
Dengan khidmatnya jarang digunakan, Pepe dilihat berpotensi dijual pada penghujung musim ini. |
Daripada melabur dengan jumlah besar untuk mendapatkan pemain sayap kanan pilihan kedua, Arteta juga boleh memberi peluang kepada Nelson.
Pemain Inggeris itu sangat mengenali Arsenal dan juga memiliki kepantasan, hebat dalam menguasai bola, boleh mencipta peluang serta mampu menjaringkan gol.
Dia masih muda, berusia 22 tahun dan ini bermakna dia akan serta mampu menjadi lebih baik pada tahun-tahun akan datang.
Nelson sememangnya bukanlah nama besar yang mana peminat Arsenal harapkan untuk dibawa masuk bagi menguatkan pasukan musim depan tetapi sebagai pemain sayap sandaran (pilihan kedua - backup), dia juga mampu melakukan tugas tersebut untuk The Gunners musim depan.
Ini dibuktikan dengan kemampuan dia beraksi diperingkat tertinggi bersama kelab Belanda yang telah mengesahkan tempat di final Piala Persidangan awal pagi tadi.
Apa kata anda mengenai pengganti Nicolas Pepe - Reiss Nelson?