Pemain impikan perpindahan ke Eropah dengan kelab menuntut €25 juta untuk melepaskannya.
Sesetengah peminat Arsenal sudah pasti mengenali pemain tengah Palmeiras, Danilo.
Pemain berusia 21 tahun yang menonjol bersama kelab Brazil itu, berulang kali dikaitkan dengan The Gunners sejak beberapa bulan lalu.
Perkembangan terkini pemain itu menyaksikan dia telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan dan itu turut menaikkan nilai serta statusnya.
Ketika Danilo memberikan temu bual kepada UOL, dia bercakap tentang rancangan yang dia ada untuk masa depan dan itu termasuklah pelajaran Bahasa Inggeris yang telah diambilnya.
"Mereka memberitahu saya: 'Anda akan mempunyai musim yang baik dan apabila tiba masanya, anda akan pergi [ke Eropah]. Bagaimana anda akan bercakap, adakah anda akan berkomunikasi dengan jurulatih? Bagaimana dia hendak bercakap dengan kamu, bagaimana kamu akan faham?” Dan saya berfikir dan berkata: 'Wah, betul'. Kemudian saya mula mempelajarinya [Bahasa Inggeris], " kata Danilo kepada UOL.
UOL memetik kembali kisah di mana Danilo pernah berdepan Chelsea dalam Piala Dunia Kelab dan dapat bergambar dengan salah seorang idolanya, N’Golo Kante.
Kemudian laman web itu menulis bahawa sama seperti pemain Perancis itu, pemain tengah Palmeiras tersebut nampaknya ditakdirkan untuk Liga Perdana Inggeris.
Dan itulah sebabnya ia tidak mengejutkan untuk melihatnya berlatih bahasa Inggeris di London, Liverpool atau Manchester.
Kovacic dan Danilo, semasa perlawanan antara Chelsea dan Palmeiras |
Ia juga dilaporkan bahawa walaupun Palmeiras ingin mengekalkannya, namun penjualan juga tidak akan menjadi satu halangan dan untuk melepaskannya, mereka menuntut bayaran sekurang-kurangnya €25 juta.
"Sebelum pergi ke Eropah, anda perlu tampil cemerlang, anda perlu bermain dengan baik untuk pasukan semasa," katanya.
“Saya fikir jika saya terus bekerja dengan baik dalam pasukan saya ketika ini, saya akan mempunyai lebih banyak peluang untuk memenuhi impian saya di Eropah.
"Tahun lepas, semua orang memikirkannya, tetapi saya akhirnya tidak pergi dan saya masih dalam fikiran saya yang waras, bekerja dengan baik.
"Dan jika musim ini, biarkan ia baik untuk semua orang. Dan jika tidak, saya tetap gembira dan itu tidak penting.”
Laporan mengenai minat Arsenal terhadap Danilo begitu banyak dikeluarkan dengan kali terakhir dibuat pada sebulan lalu.
Pada masa itu, dikatakan ejennya Giuliano Bertolucci diberitahu oleh Palmeiras bahawa mereka hanya akan membenarkan Danilo pergi dengan [pada] harga €25 juta dan buat masa ini, The Gunners tidak mengemukakan sebarang bidaan untuk pemain itu.