Arsenal masih menjadi pilihan untuk menandatangani pemain dengan meletakkan dia sebagai sasaran keutamaan.
Selepas kemenangan liga Manchester City pada hari Ahad, media Brazil tidak lama kemudian mengeluarkan laporan mengenai masa depan Gabriel Jesus.
Yang pertama membawa berita mengenai perkembangan pemain itu ialah wartawan Andre Hernan.
Di Twitter, dia menerbitkan gambar eksklusif ejen Paulo Pitombeira, Marcelo Pettinati dan Caca Ferrari pada majlis sambutan trofi tersebut.
Didakwa wakil itu sudah pun berunding mengenai situasi Jesus bersama Manchester City malah turut dikatakan bahawa tawaran untuk mendapatkan pemain itu juga diterimanya daripada Arsenal.
Tambahnya lagi, perkara tersebut perlu diselesaikan segera terutamanya menjelang jendela perpindahan musim panas ini.
EXCLUSIVO: Last Dance? Agentes de Gabriel Jesus (Paulo Pitombeira, Marcelo Pettinati e Cacá Ferrari) estão na festa do Manchester City e já estão definindo o futuro do jogador c/ a direção do clube inglês. As ofertas (incluindo do Arsenal) estão na mesa. Tudo será definido já! pic.twitter.com/BMhbzM0JBP
— André Hernan (@andrehernan) May 22, 2022
Mengesahkan laporan Hernan, Globo Esporte kemudian membuat susulan dengan mengatakan Jesus kini semakin hampir dengan Arsenal, yang merupakan destinasi berkemungkinan besar untuknya.
Ia mendakwa bahawa kelab besar Liga Perdana Inggeris lain turut mendekati pemain itu, tetapi The Gunners terus menjadi pilihan untuk mendapatkannya.
Globo Esporte mendakwa penyerang itu mempunyai hubungan baik dengan pengarah Arsenal, Edu Gaspar dan kekurangan aksi bolasepak Liga Juara-Juara musim depan bukanlah isu untuk perpindahan itu berlaku.
Ia mendakwa bahawa dia akan tiba di London sebagai pembelian utama untuk musim depan dengan Manchester City dijangka menjualnya pada nilai €50 juta hingga €60 juta.
Semasa sembutan kemenangan pada hari Ahad, Gabriel Jesus turut bercakap kepada media Brazil dan memberitahu ESPN bahawa tiada apa yang telah diputuskan lagi.
Gabriel Jesus, dengan piala Liga Perdana keempatnya untuk Manchester City |
"Tentang masa depan saya, ia masih tidak pasti." katanya.
"Saya mempunyai kontrak dengan City dan saya sudah menyatakan hasrat saya kepada pihak City dan kepada ejen saya.
"Dalam kepala saya jelas apa yang saya mahukan.
"Hari ini, saya mahu menikmati dan meraikan bersama City.
"Jelas sekali saya sangat gembira di sini.
"Esok, jika semuanya berjalan lancar untuk saya, isteri saya dan keluarga kami, Helena akan dilahirkan.
"Jadi, saya perlu memanfaatkan masa ini.
"Kemudian, fikirkan tentang pasukan kebangsaan, senyum kepada pasukan kebangsaan semula.
"Dan, pada hari cuti, saya akan memutuskan masa depan saya."
Gabriel Jesus mula bercakap mengenai perpindahan musim panas selepas Arsenal membuka rundingan dengan Man City. |
The Gunners telah berhubung dengan pasukan Pep Guardiola mengenai perjanjian yang berpotensi untuk pemain Brazil itu tetapi City telah meletakkan tanda harga £55 juta untuk penyerang itu, menurut ESPN, yang telah menyebabkan The Gunners 'berundur sedikit'.
Jesus hanya mempunyai satu tahun lagi dalam perjanjiannya di Etihad dan pihak The Gunners merasakan harga itu terlalu mahal untuk pemain yang boleh mereka tandatangani secara percuma dalam tempoh 12 bulan.
Ia telah didakwa bahawa City mahu menjana wang hasil perpindahan Jesus kerana kontraknya akan berakhir tidak lama lagi, serta fakta bahawa mereka telah menandatangani Erling Haaland dengan harga £55 juta dari Borussia Dortmund.
City cuba menampung kos pembelian Halland dengan hasil penjual Jesus. |