Arsenal dalam gambaran untuk menandatangani penyerang 29 tahun dengan pemain tersebut tidak akan meneruskan khidmatnya di kelab atas pelbagai sebab.
Pada 16 April, Super Deporte menyatakan Arsenal melihat Alvaro Morata sebagai pemain yang sangat menarik.
Menjelang penghujung bulan lalu, Calciomercato menyatakan The Gunners 'mempercepatkan' usaha untuk menandatangani pemain berusia 29 tahun itu dan minat mereka 'bermanfaat' untuk Atletico Madrid.
Morata dipinjamkan ke Juventus dengan pihak Itali itu mempunyai klausa untuk membelinya pada harga yang telah ditetapkan sebanyak €35 juta.
Barcelona cuba mendapatkan Morata pada pasaran musim sejuk tetapi gagal dan AS pada hari Jumaat menyatakan kelab Catalan dan Arsenal berada dalam gambaran untuk menandatangani bekas pemain Chelsea itu pada musim panas ini.
Kelab Catalan itu juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Robert Lewandowski, bagaimanpun Morata telah muncul sebagai alternatif untuk pasukan Xavi Hernandez, sekiranya mereka gagal mendapatkan bintang Bayern Munich itu.
Pengarah Barca, Mateu Alemany dilaporkan telah bertemu dengan ketua Atletico, Miguel Angel Gil Marin di Madrid pada hari Khamis menurut Marca.
Kedua-dua merkea boleh berbincang mengenai pemain antarabangsa Sepanyol itu dan Antoine Griezmann [yang mana Los Rojiblancos meminjamnya dari Barca].
Antoine Griezmann menyertai Atletico Madrid secara pinjaman 31 Ogos 2021 selepas setahun bersama Barcelona. |
AS mengatakan Morata, pada dasarnya, perlu kembali ke Metropolitano, jika Juve memutuskan untuk tidak menggunakan pilihan pembelian €35 juta itu.
Laporan itu menyatakan Old Lady nampaknya tidak terlalu berminat untuk melakukan perkara tersebut (menggunakan klausa pembelian).
Arsenal dan Barcelona memerhatikan penyerang itu, yang tidak akan meneruskan khidmatnya atas pelbagai sebab di Atletico.
Morata difahamkan sangat teruja untuk mencari kelab 'sempurna' yang akan membenarkannya mewakili Sepanyol di Piala Dunia Qatar dalam keadaan terbaik.
Dalam erti kata lain, Morata mahukan kelab penggal seterusnya yang mana dia boleh bermain secara kerap untuk mengekalkan prestasi dan kecergasannya.
Faktor ini akan menjadi 'penentu' apabila berunding dengan Atletico dan kelab masa depannya.
Dengan Barca melihat Morata sebagai alternatif kepada Lewandowski, ini boleh memberi kelebihan kepada Arsenal dalam usaha untuk mendapatkan pemain Sepanyol itu.
Pasukan Mikel Arteta dan Barca sedar akan situasi Morata dan dia mahu masa depannya diselesaikan 'sebelum akhir Mei'.