Zlatan Ibrahimovic berhasrat untuk terus bermain walaupun terpaksa berehat selama lapan bulan selepas pembedahan lutut.
Pada usia bakal menginjak 41 tahun, 3 Oktober ini, Zlatan Ibrahimovic mahu terus bermain biarpun kontraknya bersama AC Milan telah tamat dan terpaksa berehat panjang akibat pembedahan lutut.
“Apa yang saya faham, dia mempunyai niat untuk terus bermain.
“Kami telah membuat temu janji dalam dua minggu lagi.
"Saya tidak nampak sebarang masalah untuk mencapai persetujuan,” kata Pengarah Milan, Paolo Maldini kepada Gazzetta dello Sport, disampaikan oleh Football Italia.
"Sememangnya, dia tidak gembira kerana bermain sedikit.
"Kita lihat apa yang berlaku dalam dua minggu akan datang.
"Apa sahaja yang kami lakukan adalah untuk kebaikan dia dan Milan.
"Apa yang saya faham, niat dia untuk terus bermain."
Pengumuman mengenai penyertaan kali kedua Ibrahimovic di Milan pada penghujung 2020 dilihat secara meluas sebagai penyelesaian jangka pendek yang mengejutkan.
Ibrahimovic yang kembali ke Milan pada Januari 2020, lapan tahun selepas meninggalkan kelab Itali dan baru sahaja membantu mereka merangkul trofi Serie A pertama sejak 2011.
I said I did pic.twitter.com/elMymh4ELb
— Zlatan Ibrahimović (@Ibra_official) May 23, 2022
Sepuluh tahun selepas kemenangan pertamanya di Serie A bersama Milan, Ibrahimovic mengulangi kehebatannya pada penghujung musim penuh pertamanya berikutan kepulangannya ke Rossoneri, menjaringkan lapan gol dalam 23 penampilan ketika mereka menewaskan musuh ketat Inter dalam perebutan kejuaraan yang sengit.
Bekas penyerang Inter Milan, Paris Saint-Germain (PSG), Juventus, Barcelona dan Manchester United itu terpaksa menanggung sakit lutut selama enam bulan kerana mahu menunaikan janjinya memberi mahkota Serie A pertama pertama buat Milan selepas 11 tahun.
Rabu lalu, bintang Sweden itu menjalani pembedahan membina semula ligamen anterior cruciate (ACL) lutut kiri yang mungkin mengetepikannya selama lapan bulan.
Maldini turut mengesahkan bahawa Milan berada di ambang untuk menandatangani penyerang Liverpool, Divock Origi, yang kontrak Anfieldnya akan tamat pada 30 Jun.
Bekas pertahanan Itali itu berkata: "Kami sedang bercakap dengan Origi dan perkara itu berada pada tahap yang sangat maju."
AlwayZ believe in @Ibra_official 💪#AlwaysWithYou #SempreMilan pic.twitter.com/jZVY3OqwBI
— AC Milan (@acmilan) May 23, 2022