Analisis perpindahan dan keperluan Lisandro Martinez kepada Arsenal.

Minat Arsenal terhadap Lisandro Martinez adalah sahih dan pasti, dengan pelbagai laporan telah mengatakan bahawa Arsenal dan Ajax kini sedang dalam rundingan. 

Walaupun dilaporkan berada dalam rundingan, namun Ajax sebenarnya tidak bersedia untuk melepaskan pemain pertahanan mereka berusia 24 tahun itu.

Ajax hanya melontarkan harga kepada mereka yang berminat untuk menandatanganinya selepas mereka memutuskan untuk tidak mahu kehilangan ketiga-tiga pemain mereka - Antony, Martinez dan Timber.

"Ajax tidak mahu menjual Antony, Lisandro Martinez dan Timber, dan telah meletakkan tanda harga yang sangat tinggi kepada pasukan yang berminat, untuk menjadikan peluang mereka sangat kecil. 

"Antony perlu menelan kos antara €70 juta dan €80 juta. Dua lagi €50 juta" jelas Mike Verweij sebagimana dipetik dari Telesport Voetbal.

The Argentine Butcher nama gelaran yang diberikan kepada Martinez dan pemain itu nampaknya berminat untuk berpindah ke Arsenal serta ditempatkan di bawah bimbingan Mikel Arteta.

Menjadi persoalan, untuk apakah dia diambil (dibeli) Arsenal sekiranya itu berlaku.

Pada bahagian manakah Martinez akan bermain bersama Arsenal?

Di mana Lisandro Martinez boleh bermain?

Dalam tiga musim lalu, bersama Ajax, dia kebanyakannya bermain sebagai bek tengah dengan digunakan juga sebagai pemain tengah bertahan dan bek kiri.

Jadi di manakah Arteta melihatnya dengan baik? 

Tiada siapa yang mengetahui mengenai perkara itu secara mendalam, melainkan Arteta sendiri.

Tetapi kita boleh membuat andaian berdasarkan pemilihan pasukan dan posisi mana dimainkannya bersama Ajax sebelum ini, untuk dibandingkan dengan Arsenal.

Bek tengah.

Arsenal memiliki tiga pemain pertahanan tengah sejati (pure) - Gabriel Magalhaes, Ben White dan Rob Holding dengan Kieran Tierney dan Takehiro Tomiyasu juga mampu bermain diposisi bek tengah.

Ketika ini Magalhaes merupakan tonggak utama di barisan pertahanan Arsenal dengan memiliki kelebihan fizikal yang besar dan membentuk gandingan mantap bersama White.

Gandingan Magalhaes dan White sukar dicabar ketika ini.

Dengan itu, ia jelas memberi gambaran bahawa Martinez akan menghadapi kesukaran besar untuk memecah masuk ke dalam pasukan utama pada posisi bek tengah.

Namun dia mungkin boleh membentuk gandingan bersama Holding ataupun William Saliba, dengan Arsenal kini memiliki perlawanan tambahan, selepas layak ke Liga Europa.

Itu satu kemungkinan besar untuk dia bermain pada posisi bek tengah bagi unit kedua, membentuk gandingan bersama salah seorang daripada pemain tersebut (Saliba atau Holding) dan ia dilihat lebih berkemungkinan.

Pemain tengah.

Dengan minat berterusan Arsenal terhadap Tielemans, The Gunners jelas mempunyai keutamaan untuk apa yang mereka inginkan daripada pembelian #8 seterusnya.

Granit Xhaka, tidak perlu diperkatakan lagi setelah dia menjadi pemain kedua paling banyak digunakan Arteta selepas Bukayo Saka sejak bekas kapten Arsenal itu menjadi pengurus pasukan.

Dan Xhaka jelas menjadi pemain kegemarannya pada posisi tersebut.

Walaupun dibenci oleh sebahagian peminat Arsenal, namun Xhaka merupakan pemain penting buat Arteta untuk bahagian tengah.

Selain Xhaka, Arsenal memiliki Thomas Partey dan Mohamed Elneny yang merupakan pemain tengah bertahan sejati dengan Arteta turut memiliki Albert Sambi Lokonga sebagai sandaran.

Berdasarkan kepada penampilan sebelum ini (Arsenal), jelas Xhaka dan Partey menjadi gandingan pilihan utama Arteta, dengan Elneny pula semakin berbisa serta mampu menggugat kedudukan Partey.

Disitu, Martinez boleh mendapatkan beberapa minit sekiranya Arteta bertindak untuk mencubanya di bahagian tengah, tetapi untuk dia menjadi pemain permulaan dalam sistem 4-3-3 sebagai pemain sebelah kiri #8, itu tidak begitu menjanjikan buat masa ini. 

Adakah Arteta melihatnya sebagai sandaran untuk Partey juga? 

Martinez sememangnya mempunyai julat hantaran dan keupayaan teknikal untuk diberikan dalam sumbangannya kepada Arsenal dan Arteta.

Dan ini dapat kita saksikan pada statistik dibawah.

Statistik teknikal dan hantaran Martinez.

Bek kiri.

Setelah kita melihat pada dua posisi yang mampu dimainkan Martinez bersama Arsenal, di mana ianya begitu sukar untuk melihat dia menjadi pemain utama, itu membawa kita ke posisi terakhir yang dilihat berpotensi untuknya di Emirates, iaitu bek kiri.

Posisi ini jelas mengingatkan kita kepada Kieran Tierney, apabila cergas, dia adalah antara yang terbaik untuk peranan itu, bukan sahaja untuk Arsenal malah dalam Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Ketiadaan (ekoran kecederaan) merencatkan perancangan Arteta setelah tiada pengganti yang mampu menggalas tanggungjawab itu.

Walau bagaimanapun, dengan status kecergasan dan kecederaannya, kita kini mempunyai sebab yang mencukupi untuk mempunyai keraguan tentang ketersediaannya. 

Di situlah Martinez boleh membantu, walaupun posisi bek kiri bukanlah posisi kegemarannya.

Dia mungkin boleh bermain sebagai bek kiri songsang (inverted left-back) dan pertahanan tengah kiri (LCB) dalam tiga fasa permainan yang berbeza ke tahap yang lebih baik. 

Dia sudah bermain di kawasan ini dengan cukup lama, yang boleh menjadikan peralihan itu begitu sempurna. 

Hantaran dan keupayaannya dengan bola serta digabungkan dengan sikap aggresifnya serta naluri untuk menutup ruang dengan berkesan, akan memberikan kelebihan kepada Arsenal dalam posisi itu.

Heat map Martinez bersama Ajax.

KESIMPULANNYA

Martinez berkemungkinan besar adalah seorang pemain yang akan menyebabkan pihak lawan sentiasa berjaga-jaga dan bersedia untuk sebarang perkara yang mungkin berlaku.

Seorang pemain yang berkebolehan dan boleh diharapkan untuk menjadi sandaran kepada pemain utama.

Dan itu jelas sekali Arteta kemungkinan mengambilnya untuk persediaan kepada ketidaksediaan Tierney selepas Tavares gagal memberikan impak yang diharapkan.

Liga Perdana Inggeris telah membenarkan 5 pertukaran untuk musim depan dan dengan Arsenal juga mempunyai saingan Liga Europa untuk bermain, Martinez pastinya akan mendapat peluang untuk menarik perhatian dan membuktikan kemampuannya. 

Pun begitu, adakah tanda harga €50 juta yang disebutkan itu tadi terlalu tinggi untuk seorang pemain seperti dia? 

Mungkin Arsenal harus berunding untuk menurunkan sedikit nilai permintaan tersebut, namun mengetahui kesukaan Arteta terhadap pemain yang berkebolehan dan boleh bermain dengan kedua-dua kaki, The Gunners pastinya akan cuba memenuhi permintaan tersebut.

Terkini, Arsenal dilaporkan telah membuat bidaan kali kedua dengan nilai tawaran €40 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post