Pemain dan ejen agak tidak selesa selepas tawaran penting dari Arsenal.
Sport edisi Isnin menegaskan Raphinha dari Leeds United menangguhkan perpindahannya ke Arsenal kerana masih menunggu keputusan Barcelona.
Akhbar Catalan berkata pemain Brazil itu telah memutuskan untuk menunggu dan melihat sama ada Barca akan membuat langkah serius untuknya dalam beberapa hari akan datang.
Raphinha dikatakan telah bertemu dengan ejennya, Deco di Ibiza untuk membincangkan pendirian perpindahan mereka dan kedua-duanya bersetuju untuk menunggu beberapa hari lagi serta itu adalah pelan tindakan terbaik mereka rasakan.
Menurut Sport, Raphinha, atau lebih mungkin ejennya, akan cuba mendesak Leeds United untuk menurunkan yuran perpindahannya, bagi memudahkan Barcelona menandatanganinya.
Bagaimanapun, keraguan masih menyelubungi pemain tersebut dengan situasi 'sepi' berterusan di sekeliling Ousmane Dembele, yang telah mengganggu Barca dalam melengkapkan perpindahan ini dan nyata ia tidak membantu kelab Sepanyol itu.
Keputusan Dembele yang masih berdiam diri mengenai masa depannya (pembaharuan kontrak) bersama Barcelona mengganggu urusan perpindahan mereka. |
Sport turut menjelaskan bahawa Deco dan Raphinha kini 'agak tidak senang', setelah menerima 'tawaran penting' daripada Arsenal.
The Gunners dikatakan telah membuat dua tawaran kepada Leeds United, tetapi pasukan Mikel Arteta masih belum mendapat persetujuan pemain itu.
Apa yang berlaku dengan Dembele nampaknya menjadi kunci masa depan Raphinha.