Kemas kini kontrak Saliba dan masa depannya.

Rundingan kontrak William Saliba berjalan dengan positif dan pemain itu akan kekal bersama Arsenal musim ini, menurut laporan.

Arsenal dilaporkan membuat kemajuan positif dalam perbincangan kontrak dengan pemain pertahanan, William Saliba.

Walaupun menyertai The Gunners pada 2019, namun Saliba masih belum membuat penampilan kompetitif untuk pasukan Mikel Arteta, setelah menghabiskan masa secara pinjaman di St Etienne, Nice dan Marseille.

Walaupun Marseille bersedia untuk membuat tawaran untuk bek tengah itu, namun perkara itu tidak dipersetujui oleh Arsenal.

Saliba sebelum ini telah menyatakan hasratnya, bahawa dia gembira untuk melanjutkan tempohnya di Perancis.

Bagaimanapun dengan kegagalan pihak Marseille untuk mencapai persetujuan mengenai perpindahahnya, pemain pertahanan itu akan kembali Emirates dan memperjuangkan tempatnya untuk kesebelasan utama The Gunners.

Arteta juga telah menyatakan bahawa Saliba akan memainkan peranan dalam skuad Arsenal untuk musim 2022/23.

Dengan Saliba ditetapkan untuk dimasukkan dalam rancangan Arteta pada penggal akan datang, Chris Wheatley telah mendedahkan bahawa perbincangan telah pun bermula mengenai lanjutan kontrak semasa Saliba, yang akan tamat pada 2024.

Wheatley menulis bahawa perbincangan kontrak Arsenal dengan Saliba menuju ke arah positif dengan pemain itu akan kembali untuk latihan pramusim tidak lama lagi.

Dari segi masa depan Saliba bersama Arsenal, Wheatley menulis bahawa Saliba akan kekal di Stadium Emirates musim ini. 

Sumber yang rapat dengan pemain itu telah mengesahkan perkara itu, malah Mikel Arteta pada bulan lepas juga mengesahkan penglibatan Saliba bersama Arsenal,

"Dia perlu kembali," kata Arteta.

"Dia mempunyai pengalaman dan persekitaran yang diperlukan untuk bersaing dengan kami.

"Jika dia kekal bersama kami tahun ini, dengan satu perlawanan Liga Perdana seminggu sekali dan, bersama Ben White dan Gabriel, dia tidak akan mempunyai separuh masa permainan yang dia ada ketika bersama Marseille, itu sudah pasti." jelas Arteta mengenai keputusannya menghantar Saliba ke Perancis.

"Dari segi perkembangannya dan apa yang dia boleh lakukan tahun depan, ia tidaklah bagus. 

"William tidak bersama kami kerana dia tidak akan mempunyai masa bermain yang diperlukan untuk menimba pengalaman.

"Itu sahaja, tidak ada yang lain."

Laporan dari Perancis mendakwa Marseille sanggup menawarkan sebanyak €25-30 juta untuk menandatangani William Saliba dan mereka dijangka meneruskan usaha perpindahan itu pada musim panas ini.

Kelab Ligue 1 itu telah dirangsang oleh keputusan DNCG (yang bertanggungjawab memantau akaun kelab bolasepak Perancis) yang menghapuskan sekatan perbelanjaan mereka sebelum ini.

Oleh itu, boleh difahami mengapa Marseille meletakkan Saliba sebagai sasaran utama mereka pada jendela perpindahan musim panas ini.

Tetapi Arsenal tidak berminat untuk menjual Saliba pada peringkat ini dan nampaknya The Gunners sebenarnya cuba melanjutkan tempoh perkhidmatannya.

L'Equipe melaporkan awal bulan ini bahawa Arteta telah memberitahu Saliba bahawa dia akan mengharapkannya musim depan dan akan berbincang tentang kemungkinan lanjutan kontrak.

Kemas kini yang dibawa oleh Wheatley itu mencadangkan perbincangan tersebut berjalan lancar.

Saliba membuat 51 penampilan untuk Marseille musim lalu, memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik Ligue 1 dan menjadi pemain antarabangsa Perancis.



Post a Comment

Previous Post Next Post