Arsenal dan West Ham dilaporkan sedang memantau perkembangan pemain tengah dengan pemain itu dikatakan mempunyai peluang meninggalkan pasukan pada musim panas ini.
Dengan banyak kerja yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak dalam pasaran perpindahan musim panas ini, West Ham dan Arsenal telah mengalihkan perhatian mereka ke Perancis.
Kedua-dua kelab boleh melakukan tambahan seorang atau dua pemain di bahagian tengah, dan Amadou Onana dari Lille termasuk dalam kategori pemain yang boleh diambil oleh mana-mana pihak.
Kami mengatakan ini kerana Foot Mercato mempunyai artikel mengenai masa depan pemain Lille itu, dengan menjelaskan bahawa West Ham dan Arsenal telah mengawasinya sepanjang kempen musim lalu.
Dengan kos yang dibelanjakan pasukan Ligue 1 itu hanya €7 juta pada musim panas lalu (ketika mendapatkan Onana), mereka mungkin sedang mencari keutungan segera pada musim panas ini.
Itu kerana laman web tersebut menjelaskan pemain itu boleh dilepaskan pada jendela perpindahan akan datang.
Setelah gagal melayakkan diri ke Eropah dan hanya selepas satu musim dalam Liga Juara-Juara, jelas pasukan Perancis itu memerlukan dana tambahanan dalam buku kewangan mereka.
Mereka perlu mengimbangi kos pembayaran gaji dengan pendapatan yang diperolehi dan selain Onana, pemain seperti Renato Sanches, Jonathan David dan Sven Botman juga boleh dijual, menjelaskan pintu mungkin dibuka untuk pihak lain.
Onana adalah salah seorang pemain yang mempunyai peluang tinggi untuk berpindah setelah menerima 'pas kelulusan' daripada pihak pengurusan Lille, yang tahu mereka perlu mengumpul wang dalam masa terdekat.
Setakat ini, tidak ada tawaran konkrit yang dilakukan oleh mana-mana pihak, tetapi West Ham, Arsenal dan AS Monaco semua difahamkan sedang mempertimbangkan situasi tersebut.
Terutamanya Monaco, yang dilaporkan bersedia untuk menjual Aurelien Tchouameni pada musim panas ini.