Torreira menyatakan hasratnya dengan jelas kepada Arteta dalam respons menyindir.

Pemain pinjaman Arsenal tidak mahu kembali ke Emirates namun perjanjian masih diperlukan.

Dengan hari Selasa (semalam) menjadi hari terakhir untuk Fiorentina mencetuskan klausa dalam perjanjian pinjaman dengan Arsenal untuk Lucas Torreira, perhatian kini tertumpu pada pergerakan pasukan Serie A itu.

Pemain tengah Uruguay itu telah dihantar secara pinjaman ke Florence untuk tahun ini setelah dia tidak berada dalam perancangan pengurus Arsenal, Mikel Arteta dan semua pihak berpendapat bahawa perpindahan secara kekal akan berjalan lancar dan bebas dari sebarang masalah.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa halangan yang timbul sepanjang minggu lalu dan itu termasuklah Fiorentina dilaporkan cuba mendapatkan diskaun daripada Arsenal selain bertengkar dengan ejen Torrira.

BACA: Rundingan perpindahan Torreira temui halangan baharu & Pemilik Fiorentina berang!

Selepas tempoh 24 jam yang akan menjadi penentu penebusan klausa tersebut sudah berakhir, kini masa depan pemain tersebut menjadi tanda tanya.

Adakah dia akan pulang ke Arsenal atau terdapat rundingan baharu untuk mengekalkannya bersama Fiorentina?

Pun begitu, pemain Arsenal ini secara jelas telah menyatakan hasratnya kepada Mikel Arteta mengenai masa depannya.

Perkara tersebut diluahkannya kepada FanPage di Itali dalam satu temu bual bersama laman web itu.

Bercakap mengenai kariernya dan pelbagai topik, pemain Arsenal itu ditanya, tepat di penghujungnya, apakah masa depannya.

Jawapan yang diberikan Torreira bagaikan penuh sindiran apabila dia berkata: "Niat saya adalah untuk kekal di Fiorentina, tetapi kelab itu perlu mencari persetujuan dengan Arsenal. 

"Saya sangat baik di Florence. 

"Saya sangat bahagia di Itali.

"Ia adalah tahun yang sangat positif, walaupun kami gagal layak ke Liga Europa," katanya kepada Fan Page.

"Mungkin, kami berhak mendapat sesuatu yang lebih daripada itu, tetapi pada akhirnya, apabila anda kalah dalam perlawanan, ini bermakna anda tidak melakukan semua yang anda mampu. 

"Kadang-kadang, anda mesti menerima bahawa lawan mungkin lebih hebat. 

"Terima kasih dan banyak penghargaan harus diberikan kepada jurulatih, yang menjadikan saya berasa penting kepada pasukan.

“Secara peribadi, saya berasa sangat disayangi oleh rakan sepasukan dan peminat, dan apabila anda yakin dengan kemampuan anda dan rasa kepercayaan daripada orang di sekeliling anda, semuanya akan menjadi yang terbaik. 

"Semua keadaan ini membantu saya mencapai kejayaan dan kecemerlangan serta mencapai rekod saya untuk gol dalam semusim."

Desakan Torreira bahawa dia bersedia untuk meninggalkan The Gunners datang tidak sampai dua minggu selepas dia melihat nombor jersinya diserahkan kepada Martinelli

Pemain tengah itu telah mengekalkan jersi bernombor 11 walaupun ketika berada di luar Arsenal secara pinjaman.

Tetapi Martinelli telah diserahkan nombor jersi itu untuk musim depan, dengan Torreira nampaknya membayangkan bahawa dia tidak menyedari perpindahan nombor skuad itu. 

Martinelli sah akan menggunakan jersi bernombor 11 musim depan, nombor yang digunakan Torreira musim ini bersama Arsenal.

Dalam jawapan sarcastic di Instagram, pemain berusia 26 tahun itu menulis: “Nombor apa yang akan saya pakai tahun depan? Semoga berjaya amigo @gabriel.martinelli Saya sayang awak.”

Komen Torreira pada tampalan Martinelli mengenai nombor baharu Arsenalnya musim depan.



Post a Comment

Previous Post Next Post