The Gunners mahu menarik dua pemain Liga Perdana Inggeris pada musim panas ini dengan duo tersebut termasuk dalam senarai keinginan perpindahan Arteta.
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mempunyai Youri Tielemans dari Leicester City dan Leandro Trossard dari Brighton & Hove Albion dalam senarai keinginan perpindahannya.
Demikian menurut Voetbal Belgie, yang menjelaskan The Gunners mahu menarik pasangan itu ke Emirates musim panas ini.
Arsenal mengambil Albert Sambi Lokonga dari Anderlecht pada 2021 dan kini sedang mencari untuk menambah dua lagi pemain antarabangsa Belgium ke dalam skuad kendalian Arteta.
Arsenal menandatangani Albert Sambi Lokonga dengan harga sekitar £17.2 juta. |
Kedua-dua pemain, tengah dan penyerang itu masing-masing mempunyai baki 12 bulan dalam perjanjian semasa mereka dengan Seagulls dan Foxes.
Tielemans enggan memperbaharui kontraknya dengan pasukan Brendan Rodgers kerana dia sedang mencari perpindahan keluar dari Leicester.
Trossard pula telah menjelaskan bahawa dia bersedia untuk mendengar tawaran untuk khidmatnya walaupun dia berpuas hati dengan kehidupannya di Brighton.
Unai Emery pernah berusaha untuk membawa Leandro Trossard ke Emirates pada era dia berkuasa. |
The Gunners berminat untuk menandatanganinya sebelum dia menyertai pasukan Graham Potter pada 2019 dan ini telah disahkan oleh ejennya pada tahun itu.
Pada tahun itu, ejen kepada Trossard mendedahkan bahawa pemain tersebut tidak menyertai Arsenal (yang ketika itu dibawah kendalian Unai Emery) kerana dia masih belum sedia untuk bermain bersama kelab besar, seperti Arsenal atau Atletico Madrid.
Jelas sekali Trossard dan ejennya melihat Brighton sebagai batu loncatan untuk mendapatkan langkah besar dalam kerjayanya.
Untuk mengambil langkah seterusnya, dia kini mesti pergi ke Brighton. Jika dia menunjukkan prestasi Genknya di Brighton, maka kelab besar akan datang dan mendapatkannya pada musim panas depan. - Het Laatste Nieuws
Dan itu nyata terbukti dan berhasil apabila Arteta telah memasukkannya dalam senarai keinginannya untuk musim panas ini.
Laporan itu tadi turut menambah bahawa perpindahan ke Emirates akan menjadi langkah seterusnya untuk Trossard.
Manakala Tielemans pula mahu dilaporkan ingin bermain dalam saingan Liga Juara-Juara.
Tielemans, pemain tengah Belgium berusia 25 tahun, dilaporkan sedia memilih Arsenal. |
Itu tidak mungkin berlaku di Arsenal kerana The Gunners hanya mampu bersaing dalam Liga Europa musim depan.
Walaupun begitu, laporan itu menyatakan pemain Leicester itu masih ingin memilih The Gunners.
Tidak dinyatakan sebarang angka yang perlu ditawarkan oleh Arsenal atau apa yang akan dituntut oleh Leicester dan Brighton untuk membiarkan pemain mereka pergi pada musim panas ini.