Minat dan kemampuan masih tidak mencukupi.

Arsenal paling tinggi tunjukkan minat namun mesti meyakinkan pemain untuk berpindah.

Arsenal dan Barcelona telah kerap dinamakan sebagai pilihan untuk Alvaro Morata jika Juventus tidak menandatanganinya secara kekal pada musim panas ini.

Penyerang tersebut menyertai kelab Serie A itu dengan perjanjian pinjaman selama dua tahun daripada Atletico Madrid dan mereka mempunyai pilihan untuk membelinya pada harga €35 juta.

Bagaimanapun Juventus masih meminta diskaun untuk melaksanakan urusan perpindahan tetap itu dan Los Rojiblancos pula enggan memberikannya, menyebabkan masa depan pemain itu menjadi tanda tanya. 

Setakat ini, ia tidak jelas di mana pemain berusia 29 tahun itu akan bermain musim depan setelah Atletico juga tidak berminat menggunakan khidmatnya.

Barcelona menunjukkan minat kepadanya pada jendela Januari, tetapi tidak dapat merealisasikan perjanjian itu. 

Kelab Catalan itu masih mempunyai bekas pemain Chelsea itu dalam agenda mereka, sebagai alternatif kepada Robert Lewandowski, menurut Mundo Deportivo.

Barcelona mensasarkan Lewandowski pada musim panas ini, namun mereka akan cuba menandatangani Morata sekiranya gagal mendapatkannya.

Bintang Bayern Munich itu menjadi sasaran utama Blaugrana dan mereka hanya akan melihat Morata jika perjanjian untuk menandatangani pemain Poland itu tidak dapat dimeterai.

Mundo juga menyebut Arsenal, kerana The Gunners adalah pasukan yang menunjukkan minat paling tinggi terhadap pemain antarabangsa Sepanyol itu. 

Bagaimanapun, perpindahan ke Emirates buat masa ini, tidak memenuhi aspirasi Morata.

Jika The Gunners mahu menandatangani penyerang itu, mereka perlu meyakinkannya terlebih dahulu untuk berpindah ke Emirates.

Mundo mengakhiri laporan mereka dengan menyatakan: "Morata akan meluangkan sedikit masa lagi sebelum membuat keputusan mengenai masa depannya.

"Menyedari bahawa dia adalah pemain bolasepak yang dicari dan pasaran perpindahan boleh membawa banyak kejutan, termasuklah Barca, yang masih mengekalkan namanya sekiranya mereka tidak dapat mencapai objektif, menandatangani Lewandowski."

Post a Comment

Previous Post Next Post